Buku fiksyen pertama dedah hubungan manusia, alien sejak 1957

Buku fiksyen pertama dedah hubungan manusia, alien sejak 1957

Buku 'UFO Contacts in Italy' mendedahkan pendaratan kapal angkasa di Francavillia, Pantai Adriatik pada 1957 yang dirakam 2 lelaki yang dibenarkan masuk ke dalam kapal angkasa tersebut.

buku-alien
fmt-ohsem-inside-article1Baru-baru ini banyak pula perkongsian berita berunsur sains fikyen di media arus perdana. Selepas pendedahan seorang lelaki mengenai mesin pengembaraan masa, kini tersebar beberapa gambar yang mendakwa “makhluk asing berada dalam kapal angkasa”.

Sebuah foto hitam putih yang kabur menunjukkan sebuah kokpit yang dipercayai kapal angkasa lengkap dengan tempat duduk, panel kawalan dan objek lain dipaparkan buat pertama kali di media arus perdana.

Dalam kokpit sama, kelihatan seseorang bercermin mata hitam, dipercayai makhluk asing.

Menurut laporan Express.co.uk., gambar “makhluk asing” itu akan diterbitkan oleh Flying Disk Press pada 1 Februari dalam buku berbahasa Inggeris berjudul “UFO Contacts in Italy”.

Ia dijangka mendedahkan pendaratan kapal angkasa di Francavillia, di Pantai Adriatik pada 1957 yang dirakam 2 lelaki yang dibenarkan masuk ke dalam “kapal angkasa” tersebut.

Penulisnya, Dr Roberto Pinotii, 73, juga menjelaskan ukuran kapal angkasa itu berdiameter 24 meter dengan kabin kawalannya 10 meter.

“Buku itu menyiarkan 2 gambar makhluk dipercayai juruterbang angkasa luar,” katanya mendedahkan pelbagai maklumat termasuk kes perhubungan dengan UFO khususnya yang berlaku pada 1957 ini.

Perhubungan komunikasi yang dikenali ‘the friendship case’ berlaku di Pescara antara 1956 dan 1957 di mana sekumpulan penduduk tempatan dikatakan berhubung secara berkala dengan “alien”.

“Makhluk asing itu juga dikatakan membina pangkalan bawah tanah di Bumi dan di Itali yang merupakan zon tengah semenanjung di sepanjang pantai Adriatik.”

Mahkluk asing dikatakan sudah bercampur dengan manusia dan kini berada di bumi, petik salah satu kenyataan dalam buku itu.

Hubungan selama 20 tahun itu bagaimanapun dinafikan saintis moden sebagai penipuan yang dibuat-buat.

Penerbit buku itu, Phillip Mantle pula menempis dakwaan itu dengan menyokong Roberto Pinotti, seorang wartawan dan pengarang ruang angkasa serta pemegang biasiswa utama dari Itali dalam ufology, dengan ijazah dalam bidang politik dan sosiologi dari University of Florence.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.