Sering letih, sakit kepala? Anda mungkin kurang magnesium

Sering letih, sakit kepala? Anda mungkin kurang magnesium

Magnesium membantu seseorang mendapat rehat yang baik, tidur mencukupi dan memperbaiki sakit kronik, keletihan, perubahan mood serta sakit kepala.

migrain
fmt-ohsem-inside-article1Tidak dapat berehat, insomnia, mengidam makan sesuatu atau berdepan masalah keletihan yang melampau? Anda mungkin hadapi masalah kekurangan zat magnesium.

Zat magnesium boleh diperoleh dalam nasi perang, sayur hijau, kekacang, avokado dan coklat hitam tetapi masih ramai yang menghadapi masalah kekurangan zat ini.

Di negara maju misalnya, tinjauan yang dilakukan oleh jabatan diet dan nutrisi menunjukkan dewasa dan kanak-kanak hanya menyerap separuh daripada zat yang disyorkan sebagai pengambilan harian.

Mungkin masih ramai yang tidak cukup maklumat kepentingan magnesium yang memainkan peranan penting terhadap reaksi lebih 300 enzim penting dalam tubuh setiap hari.

Kajian jurnal perubatan juga mendedahkan zat ini membantu seseorang mendapat rehat yang baik, tidur mencukupi dan memperbaiki sakit kronik, keletihan, perubahan mood dan sakit kepala.

Sebelum melengkapkan diri dengan zat magnesium, ketahui simptom kekurangannya yang boleh menggangu aktiviti seharian.

1. Sukar tidur

Simptom paling nyata, kekurangan magnesium menyukarkan anda tidur. Ini kerana magnesium menyelaraskan sistem saraf dengan menawarkan sokongan yang membantu dalam tidur tanpa gangguan. Kalau sukar tidur atau berdepan masalah insomnia, cuba ambil suplemen magnesium (dengan nasihat doktor).

2. Tertekan

Magnesium memainkan peranan dalam mengatur hormon dan menyeimbangkan kadar gula, membawa penyelesaian kepada masalah perubahan mood, tekanan dan keresahan. Kalau selalu sangat sakit kepala, migrain, pengambilan zat magnesium dikatakan boleh membantu, petik kajian European Journal for Neutraceutical Research.

3. Mengidam makanan tertentu

Gian terhadap sesuatu makanan khususnya coklat menunjukkan anda kekurangan zat magnesium. Pelik kan, tetapi percayalah, ia memang disokong bukti saintifik. Kadar magnesium tinggi dikesan di dalam coklat hitam yang mana 60% adalah koko asli.

4. Kekejangan otot

Magnesium berfungsi sebagai penenang otot bersama-sama kalsium untuk mengawal pergerakan otot. Jika badan mempunyai terlalu banyak kalsium dan tidak cukup magnesium, otot pada mana-mana bahagian badan boleh kejang, termasuk kekejangan kaki, sakit otot, ketegangan dan kesakitan umum.

5. Kerdipan mata

Salah satu simptom paling umum menandakan anda kekurangan magnesium ialah kerdipan mata. Tidak perlu mengaitkan kerdipan mata dengan bermacam-macam kepercayaan sebaliknya ia berlaku kerana zat mineral tidak mencukupi dalam mengawal pergerakan otot termasuk pada mata.

6. Kedar dengupan jantung tidak sekata

Magnesium membantu menyelaras kadar degupan jantung. Kekurangan magnesium meningkatkan kadar degupan tidak sekata, dikenali sebagai arrhythmia. Ia terjadi ekoran nutrisi seperti kalsium dalam darah menurun. Wanita dengan pengambilan zat magnesium yang tinggi dilapor kurang berdepan kematian kardio mengejut.

8. Selalu letih

Tahukah anda, magnesium menghasilkan dan membebaskan tenaga semulajadi kepada badan? Jadi kekurangannya menyebabkan keletihan dan kelesuan.

9. Jeragat, ekzema dan penyakit kulit

Tak faham kenapa kulit anda selalu bermasalah, termasuk jeragat, akzema dan sebagainya? Periksa kadar magnesium. Magnesium berfungsi mengurangkan keradangan dan kekurangannya boleh menyebabkan masalah kulit yang serius. Banyak rawatan dermatologi menggunakan magnesium membuktikan keperluan zat tersebut dalam mengekalkan kesihatan kulit.Ia juga membantu mengawal vitamin D.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.