Bakat luar biasa jurugambar tarik perhatian netizen

Bakat luar biasa jurugambar tarik perhatian netizen

Ilusi yang Syahril hasilkan tanpa sebarang cacat cela pada rekaan sekali gus menjadikannya helaian sempurna di mata kasar mahupun dalam kalangan penggiat seni itu.

Syahril_012345

Seorang jurufoto dan pereka grafik dari Indonesia menjadi perhatian netizen antarabangsa ekoran kemahiran luar biasanya dalam bidang tersebut.

Syahril Ramadhan dilihat sama seperti remaja lelaki lain tetapi kemahirannya mengendalikan gambar menggunakan aplikasi Photoshop (atau mana-mana aplikasi) tentu sekali menarik perhatian netizen dunia.

Syahril_0123456

Dia kelihatan berdiri setaraf dengan superhero Marvel ataupun DC, bermesra dengan artis tempatan Indonesia, Korea dan Barat, melawak dengan pemain bola sepak dunia, bersantai dengan pemimpin dunia dan pelbagai aksi lain yang mencuit perhatian.

Syahril_01

Tetapi semuanya ilusi yang dihasilkan sendiri tanpa sedikit pun cacat cela pada rekaan sekali gus menjadikannya sempurna di mata kasar mahupun dalam kalangan penggiat seni itu.

Syahril_012

Iklan, poster filem, babak dalam video muzik dan filem digunakan dalam kerja grafik termasuk kebolehannya yang menjangkaui imaginasi apabila banyak terlibat dalam rekaan kreatif.

Syahril_01234

Mungkin jejaka muda ini mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini, dan diharap dapat digunakannya dengan baik di pesada antarabangsa.

Syahril_0

FMT Ohsem pasti dia akan jadi buruan antarabangsa!

Syahril_0123

Syahril kini mempunyai hampir 10,000 pengikut di Facebook dan 190,000 pengikut di Instagram.

Kredit gambar Facebook Syahril Ramadhan

https://www.facebook.com/pg/SyahrilRamadhanPhoto/photos/?ref=page_internal

https://www.instagram.com/srdesignart/?hl=en

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.