Ikat rambut ketat penyebab botak

Ikat rambut ketat penyebab botak

Wanita dinasihati mengikat rambut secara longgar ketika sesi 'work out' bagi mengelak daripada menjadi botak.

workout
fmt-ohsem-inside-article1Bagaimana anda lazimnya mengikat rambut ketika ke pusat kecergasan atau sedang bersenam?

Ikat “pony tail” (ekor kuda) atau ‘bun’ supaya rambut lebih rapi dan tidak menggangu ketika anda sedang melakukan “work out”? Sememangnya itulah situasi pada kebanyakan masa namun pakar rambut, trikalogist memberi amaran pengayaan rambut sedemikian boleh memudaratkan.

Bagaimana?

Anak kepada pakar rambut Philip Kingsley, Anabel Kingsley berkata pengunaan getah yang ketat bagi memastikan rambut diikat kemas dan rapi sebenarnya boleh menyebabkan tarikan keterlaluan dan tekanan pada rambut.

Ini membawa kepada cengkaman alopecia iaitu satu keadaan di mana folikel ditarik berterusan berkemungkinan putus dari akarnya.

Anabel menambah, situasi ini disedari selepas lebih ramai wanita pertengahan usia yang aktif mencari bantuan menghadapi masalah keguguran rambut di kliniknya di London.

Dalam pendedahan itu, Anabel menasihati wanita mengamalkan ikatan rambut yang longgar ketika sedang ‘work out’, bagi mengelak menjadi botak.

“Ini boleh menyebabkan kerosakan dan mengugurkan beberapa helai pada awalnya. Jika dilakukan berulang kali dalam tempoh masa yang panjang, keguguran rambut tidak boleh dikawal,” katanya.

Rambut yang gugur akibat tindak balas ini dinamakan “daya tarikan alopecia”.

Anabel yang juga ahli Institut Trikologis berkata mana-mana gaya yang menyakitkan kulit kepala kemungkinan akan merosakkan rambut.

Alopecia adalah istilah perubatan yang digunakan terhadap masalah keguguran rambut.

Terdapat banyak sebab di sebalik masalah keguguran rambut dengan yang paling umum berkisar kebotakan. Ia menyerang lelaki dan wanita dewasa pada awal 30-an.

Manakala, keguguran akibat daya tarikan alopecia pula disebabkan apabila akar ditarik secara konsisten dan kerap. Ia menghalang pertumbuhan semula rambut dengan mencetuskan kerosakan kekal kepada folikel rambut.

Wanita berbangsa Afrika Amerika dipercayai berada di puncak risiko kerana mereka cenderung mengamalkan ikatan braids yang ketat sehingga menarik rambut dari folikel.

Para penari Ballerina, yang mengikat pony tail ketat juga boleh mengalami masalah sama.

Pakar dermatologi perubatan dan kosmetik Dr Francesca Fusco berkata sejak sedekad yang lalu beliau melihat gelombang wanita memakai rambut sambungan dan mengalami akibat besar akibat keguguran rambut.

Ia diikuti dengan penyelidikan yang menyatakan lelaki yang beruban atau botak pada usia 20-an atau 30-an bermungkinan besar berisiko mengalami serangan jantung.

Penyelidik India pula mendapati orang yang kehilangan rambut sebelum usia 40 tahun 5 kali lebih cenderung berhadapan masalah jantung pada usia muda.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.