Patung kadbod ganti PM Thailand dalam sidang media

Patung kadbod ganti PM Thailand dalam sidang media

Ini bukan kali pertama Prayuth juga jeneral yang merampas kuasa dalam rampasan kuasa tanpa darah pada tahun 2014 menggelak media.

Prayuth-Chan-ocha-1
fmt-ohsem-inside-article1Nampaknya Perdana menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha menemui cara baru untuk mengelakkan diri daripada pertanyaan wartawan.

Sebuah kadbod bersaiz sebenar di tempatkan bersebelahan dirinya sambil mengarahkan para wartawan supaya bersoal jawab dengan patung kadbod tersebut dan bukan dia.

Dalam satu sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini, Prayuth muncul di hadapan petugas media seolah mahu menjawab soalan sambil memerhatikan kadbod dirinya dipasang di sebelah oleh pembantunya.

“Jika anda ingin bertanya mengenai politik atau konflik, ini orangnya, tanya lelaki ini,” katanya kepada pemberita.

Dia terus beredar melangkah keluar, meninggalkan kadbod sambil melemparkan senyuman kepada pihak media yang berdiri di situ.

Terdahulu, Prayuth bercakap dengan pihak media selepas menghadiri acara mempromosikan hari kanak-kanak akan datang di Thailand, tetapi mengelak daripada menjawab soalan berkenaan isu konflik politik semasa.

Menurut laporan agensi, ia bukan kali pertama Prayuth juga jeneral yang merampas kuasa dalam rampasan kuasa tanpa darah pada tahun 2014 menggelak media.

Sebelum ini beliau pernah memenarik telinga seorang juruteknik semasa persidangan berita sedang dijalankan, membuang kulit pisang ke arah jurukamera dan secara berjenaka mengancam untuk mengetepikan mana-mana wartawan yang mengkritik kerajaannya.

Sewaktu baru mengambil alih kuasa, junta beliau menikmati sokongan umum yang besar bagi mengakhiri politik jalanan yang berlaku untuk tempoh masa yang agak lama.

Namun sebaik mula memerintah, pihaknya menerima kritikan terhadap dasar-dasar kerajaan yang menindas dan kekurangan ketelusan.

Prayuth berjanji untuk mengadakan pilihan raya pada bulan November, tetapi ia bukanlah janji baharu memandangkanbeliau sering tampil dengan janji sama beberapa kali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.