

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Yao merupakan seorang operator kren ketika kejadian berlaku, sedang berehat selepas tamat tugas di kawasan pembinaan berhampiran.
Ketika itu sebuah bas yang mengangkut 5 orang termasuk pemandunya tergelincir dan hampir melangggar kenderaan bertentangan lalu hilangg kawalan dan terhumban ke sungai di wilayah Changzhou, Jiangsu,
“Saya mendengar bunyi sangat kuat. Saya berlari ke arah sungai untuk melihat apa yang sebenarnya terjadi. Tebing sungai itu 3 hingga 4m di atas paras air. Tentu sukar bagi penumpang dalam bas memanjat naik,” katanya seperti yang dilapor dalam South China Post.
Yao berlari semula ke krennya untuk memberi bantuan dengan memusingkan kren ke atas bas, menurunkan kabel membolehkan kesemua penumpang berpaut pada kabel dan memusingkan kembali kren untuk menurunkan mereka di atas jalan raya.
Tindakan pantas pemandu kren yang dirakam kamera litar di lebuh raya itu menjadi viral sekaligus menjadikan Yao digelar “hero”.
Dia dikerumuni pujian netizen yang pada ketika itu tidak dapat mengenal pasti identiti Yao.
“Tindakannya sangat menyentuh hati. Tidak dinafikan, masih wujud mereka yang melakukan kebaikan tanpa balasan,” tulis seorang pengguna Weibo.
Yao yang meninggalkan tempat kejadian tanpa mendedahkan identiti dirinya berjaya dikesan media tempatan 3 hari selepas kejadian.