Cucu Duterte dilabel sebagai Imelda Marcos?

Cucu Duterte dilabel sebagai Imelda Marcos?

Gambarnya mengenakan gaun couture berwarna merah darah dan bergaya seperti Disney Princess menarik perhatian netizen.

Cucu-Duterte-dilabel-sebagai-Imelda-Marcos
fmt-ohsem-inside-article1Berbeza dengan persepsi rakyat terhadap Presiden Filipina Rodrigo Duterte, cucu perempuannya yang baru berusia 15 tahun pula sudah menerima pandangan berbeza dari orang awam.

Isabelle dikatakan suka menjalani kehidupan ala “Crazy Rich Asians” lebih-lebih lagi apabila sering menggayakan gambarnya dalam keadaan mewah di laman sosial.

Misalnya gambar dia menggunakan tas tangan jenama Céline dan Chanel serta kasut “sneakers” jenama Gucci.

Bukan itu sahaja, Isabelle juga dikecam selepas merayakan ulang tahun ke-15 dalam serba mewah di Malacañang Palace, kediaman rasmi Presiden Filipina.

Gambar dia mengenakan gaun couture berwarna merah darah dan bergaya seperti Disney Princess menarik perhatian netizen, petik CNN Philipines.

Cucu-Duterte-dilabel-sebagai-Imelda-Marcos-gd-1
Imej itu dikongsi oleh artis solek, Winn Ramos di laman Instagram miliknya dengan keterangan, “Puteri kami tidak terburu dalam mendapatkan sesuatu kecuali yang terbaik!”.

Penulis terkenal Filipina, Miguel Syjuco meramalkan sejumlah wang yang besar dibelanjakan untuk persediaan tersebut.

Secara kasarnya, Miguel membuat perkiraan sekitar AS$570,000 (RM2.33 juta) dibelanjakan untuk majlis tersebut.

Beliau memerincikan perbelanjaan itu kepada gaun berlapis Isabelle bertatahkan kristal Swarovski sekitar AS$130,000 dan sesi penggambaran sekitar AS$570,000.

Turut dibangkitkan adalah status bapa Isabelle iaitu anak lelaki Duterte, Paolo yang merupakan pegawai kerajaan dengan gaji kasar, AS$450,000 setahun.

Perkara itu bagaimanapun ditempelak oleh jurugambar yang menyatakan sesi penggambaran dilakukan secara percuma dan baju diberi potongan harga sebagai ganti kepada publisiti perkongsian berita kelak.

Apa pun, Isabelle tetap menjadi perhatian netizen Filipina sebagai pengganti Imelda Marcos, isteri bekas presiden Filipina yang terkenal dengan sikap suka membeli belah, Ferdinand Marcos yang digulingkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.