
Seekor anjing di Bangkok, Thailand dipasangkan kaki palsu selepas kakinya ditetak dalam satu kejadian tahun lalu.Menurut Reuters, anjing tersebut yang bernama Cola cedera parah dan kehilangan kaki hadapannya selepas ditetak oleh jiran pemiliknya kerana mengunyah kasut milik lelaki itu.
Ekoran laporan kejadian itu, badan kebajikan haiwan di Phuket, Yayasan Anjing Soi tampil menawarkan bantuan dengan menghubungi pakar bedah bagi merawat dan memasangkan kaki palsu kepada Cola.
Kini Cola mampu kembali berlari bebas dengan kaki palsu diperbuat oleh gentian karbon berteknologi tinggi, menyamai material digunakan oleh atlet Paralimpik.
Pengasas yayasan, John Dalley berkata, Cola sekarang ini malah sudah bersedia untuk kembali percaya kepada manusia.