Victoria’s Secret disindir model bersaiz plus

Victoria’s Secret disindir model bersaiz plus

Model pertunjukan fesyen Victoria's Secret dikecam kerana masih terjerat dengan tradisi model bersaiz kurus dan berkulit putih.

VS
fmt-ohsem-inside-article1Pertunjukan fesyen pakaian dalam wanita jenama Victoria’s Secret disindir ekoran pemilihan modelnya yang masih mengikut tradisi iaitu berbadan kurus dan berkulit putih.

Salah satu kritikan datang daripada model bersaiz plus terkenal, Ashley Graham.

Ashley memuat naik gambar dirinya di Instagram Isnin lalu pada hari yang sama Victoria’s Secret mengadakan peragaan fesyen di Shanghai, China.

Dalam foto tersebut, Ashley yang berpakaian dalam menyunting gambar dengan menambah sayap bidadari yang menjadi ciri khas setiap peragaan pakaian Victoria’s Secret.

Dia menulis kapsyen dalam nada menyindir berkata, “Got my wings!” (Saya dapat sayap).

Muat naik itu segera mendapat perhatian pengikutnya yang ternyata faham maksud di sebalik kapyen tersebut.

Mereka juga mengakui pakaian jenama itu hanya memperaga pakaian dalam menggunakan model bertubuh langsing dan berkulit putih.

Beberapa pengguna media sosial yang lain pula mengecam Victoria’s Secret yang hanya memilih model berkulit hitam atau berwarna bagi kostum bertema tradisional.

Namun ada yang akui pemilihan model Victoria’s Secret mengalami diversiti apabila 4 daripada 55 model yang dipilih pada pertunjukkan feysen kali ini berasal dari Asia dan 5 yang lain pula berkulit hitam.

Model Belanda, Yolanda Hadid misalnya memuat naik foto anaknya yang juga seorang model pada pertunjukkan Victoria’s Secret, Bella berpegangan tangan dengan model berkulit hitam dalam Instagramnya.

“Foto ini menceritakan segalanya. Keindahan bidadari dunia diserlahkan tanpa sebarang kebencian, stereotaip atau rasisme. Sebaliknya cinta, sokongan dan kebersamaan yang diraikan semua orang,” tulis Yolanda Hadid.

Namun, sebahagian netizen menganggap ia sengaja dirakam bagi menyerlahkan keberadaan model kulit hitam dalam pertunjukkan itu.

Malah kemalangan kecil yang berlaku apabila seorang model dari Hong Kong, Ming Xi tersungkur di atas pentas juga dikatakan salah satu tindakan yang disengajakan untuk menarik perhatian orang ramai mengenai kehadiran model Asia berwarna dalam fesyen Victoria’s Secret.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.