OBike jadi Oh bike!

OBike jadi Oh bike!

OBike ialah perkhidmatan basikal sewa yang disediakan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya untuk kemudahan pengangkutan.

oh-bike
Kredit gambar: Facebook Rizal Hakimm
fmt-ohsem-inside-article1Kadang-kala impian untuk mencapai status negara maju seakan tidak boleh dicapai. Bukan kerana keadaan ekonomi, politik mahupun kualiti akademik seperti yang diuar-uarkan kebanyakan kita. Jadi, apa sebenarnya yang menghalang?

Penghalangnya melibatkan sikap rakyat negara kita sendiri, termasuk pendatang asing yang turut memainkan peranan dalam membina status sesebuah negara.

Rasanya tidak terlalu keterlaluan jika kita buat kesimpulan daripada contoh pengunaan kemudahan percuma pengangkutan OBike, perkhidmatan basikal sewa yang disediakan di sekitar Kuala Lumpur termasuk Petaling Jaya untuk kemudahan pergerakan pengguna dalam perkara ini.

Baru-baru ini seorang netizen bernama Rizal Hakimm berkongsi status bersama beberapa keping gambar menunjukkan keadaan menyedihkan basikal OBike yang sepatutnya ditinggalkan di kawasan awam secara selamat dan rapi tetapi lain pula ceritanya.

Kredit gambar: Facebook Rizal Hakimm
Kredit gambar: Facebook Rizal Hakimm

Kemudahan yang dilancarkan sekitar April lalu ternyata mendapat sambutan menggalakkan sehingga direkod digunakan lebih daripada 200,000 pengguna seluruh Malaysia tetapi kini dikatakan berada dalam keadaan uzur dan tidak terjaga bukan kerana kualiti basikal, sebaliknya sikap pengguna itu sendiri.

Gambar dikongsi itu menunjukkan basikal OBike ditinggalkan sesuka hati di mana-mana malah sengaja digantung di papan tanda, dibuang dalam parit kotor, disimpan di koridor rumah pangsa, dirosakkan sehingga tidak boleh digunakan semula, dibiarkan atas rumput dan sebagainya.

Apalah agaknya mentaliti pengguna yang langsung tidak bertanggungjawab ini. Dah diberi percuma, tidak pandai pula menjaga manupun menggunakannya dengan baik dan bertanggungjawab…

Kredit gambar: Facebook Rizal Hakimm
Kredit gambar: Facebook Rizal Hakimm

“OBike menawarkan basikal kepada awam untuk keselesaan provide the bicycles for public convenient sake but not till vandalize it. This is unacceptable. #Obike,” kata pengguna Facebook, Akai Wassim.

Manakala, Muhammad Shukril Naim pula menulis, “Mentaliti kelas ke-3. Berhentilah bercakap mengenai politik jika ini perangai anda.”

ChongZi Kee juga meminta supaya tindakan diambil dan hukuman diberikan kepada mereka yang mengambil remeh kemudahan awam ini.

“OBike sepatutnya menyelesaikan masalah ini dahulu. Kesan (kenal pasti) dan beri hukuman kepada individu terakhir yang menggunakan perkhidmatan ini,” katanya.

Tidak ketinggalan beberapa netizen yang turut menyalahkan warga asing meminjam basikal tetapi tidak dipulangkan, malah dibawa pulang dan diparkir di pangsapuri diduduki.

Kredit gambar: Facebook Rizal Hakimm
Kredit gambar: Facebook Rizal Hakimm

Sayang sekali, pilihan untuk menggunakan basikal secara percuma dengan syarat yang mudah kerap disalah guna sehingga mengundang kesulitan kepada pembekal perkhidmatan.

Bukan itu sahaja, mereka yang menggunakan kemudahan itu dengan baik juga mungkin akan terkesan jika sikap pengguna tidak bertanggungjawab berterusan sehingga kemudahan ini ditarik balik.

OBike mula diperkenalkan oleh sepasang suami isteri dari Singapura dan kini didapati di bandar-bandar besar seluruh dunia seperti Melbourne, Taipei, Bangkok dan terbaru di Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.