Pengunjung perpustakaan terpukau dengan ‘Mata Binhai’

Pengunjung perpustakaan terpukau dengan ‘Mata Binhai’

Perpustakaan itu dikenali sebagai 'The Eye Of Binhai' kerana strukturnya memiliki auditorium bebola di tengah-tengah perpustakaan penuh gah itu.

lib3

Bolehkah anda bayangkan sebuah perpustakaan yang sangat besar, tersangat besar sehinggakan segala sudut diatur dan dipenuhi bahan bacaan?

Namun, pemandangan itu tidaklah meletihkan mata sebaliknya aturan buku dan reka bentuk dalaman bangunan itu sendiri ternyata akan mengghairahkan minat anda untuk membaca.

Sebuah perpustakaan gergasi dibina di wilayah Kebudayaan Binhai, Tianjin di China dikenali sebagai “The Eye Of Binhai” kerana strukturnya memiliki auditorium bebola di tengah-tengah perpustakaan penuh gah itu.

lib1

Seolah-olah anda diperhatikan tidak kira di mana jua kedudukan pelawatnya, auditorium berbentuk bebola itu menjadi ikon yang tidak boleh dikecualikan, malah menjadi tarikan utama ke perpustakaan yang menempatkan kira-kira 1.2 juta buku.

Bangunan perpustakaan 5 tingkat itu direka oleh sebuah firma Belanda, MVRDV dengan kerjasama Institut Rekaan dan Pembangunan Urban Tianjin (TUPDI) dan kini dikenali sebagai “Mata Binhai” meliputi kawasan seluas 34,000m persegi.

lib2

Hanya mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, perpustakaan ini memiliki kawasan bacaan di tingkat bawah, lobi dan pejabat di bahagian tengah, ruang perbincangan dan bilik komputer serta audio di aras atas.

Walaupun bukan kerana bukunya, yang pasti unsur rekaan dan binaan dalamannya akan menarik setiap orang untuk mengunjungi perpustakaan ini.

lib4

Lagipun, firma MVRDV dari Belanda ini sememangnya terkenal dengan binaan unik seperti tangga gergasi ”scaffold” dan dewan pasar tercantik di bandar Rotterdam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.