Ujian genetik untuk mengenal perubahan sel kanser

Ujian genetik untuk mengenal perubahan sel kanser

Menerusi status BRCA seseorang, ia dapat menunjukkan bagaimana seseorang itu bertindak balas kepada terapi tertentu atau berdepan dengan risiko mendapat kanser lain.

genetic-alterations
fmt-ohsem-inside-article1Faktor genetik atau baka diketahui mempunyai peranan dalam penyakit kanser dan seorang daripada 9 pesakit kanser ovari didapati ada mutasi genetik dalam gen BRCA1 dan BRCA2.

Mutasi ini juga dilaporkan ada kaitan dengan kanser payu dara.

Oleh yang demikian, usaha kini dipertingkatkan untuk mengenal pasti bagaimana gen ini memainkan peranan dalam pesakit kanser ovari Malaysia.

Ia dijalankan menerusi kajian klinikal Magic (Mainstreaming Genetic Counselling For Genetic Testing of BRCA1 dan BRCA2) di seluruh negara.

Kajian yang sama akan melihat kepada kadar berlakunya mutasi BRCA1 dan RCA2 dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Dr Yoon Sook Yee, ketua Familial Cancer Programme and Associate Genetics Counsellor di Cancer Research Malaysia (CRM) serta pasukan penyelidiknya memberi kaunseling kepada pesakit kanser ovari untuk menjalani ujian genetik di klinik dan hospital.

Ujian itu melibatkan ujian darah. Ahli saintis berpengalaman dari CRM akan mendapatkan DNA untuk melihat sama ada berlaku perubahan dalam gen serta gen lain yang berkaitan dengan kanser ovari dan payu dara.

Kanser dan faktor genetik

Dr Yoon mengetuai kajian yang dijalankan di seluruh negara di bawah CRM dengan bantuan 70 penyiasat terdiri daripada 28 pakar sakit puan, 31 pakar onkologi, 9 pakar gen klinikal dan 2 ahli sains dari 63 hospital, klinik dan pusat kesihatan lain di Malaysia.

Terbuka kepada semua pesakit kanser ovari dari Oktober 2015, kajian itu yang bermula pada akhir 2016 akan berterusan selama 2 tahun lagi untuk mendapat sekurang-kurangnya 800 peserta bagi memastikan hasil dapatan boleh dipercayai.

Para penyiasat yang menyertai kajian ini dilatih mengenai gen umum supaya mereka dapat berkomunikasi dengan pesakit mereka berkenaan ujian gen yang dijalankan oleh CRM.

Menerusi kajian ini, para doktor ini boleh mengalami sendiri di samping membuat keputusan sama ada ujian kaunseling boleh dijalankan di klinik.

Kajian ini akan juga menunjukkan sama ada kaunseling gen diterima kebanyakan pesakit atau tidak.

“Sekiranya hasil dapatan positif, ini menunjukkan ada kesan dan boleh menukar amalan klinikal di Malaysia, ” kata Dr Yoon.

Bagaimana ujian dilakukan dan kepentingannya

Professor Dr Teoh Soo-Hwang berkata dengan mengetahui status BRCA seseorang, ini dapat menunjukkan bagaimana seseorang itu bertindak balas kepada terapi tertentu atau berdepan dengan risiko mendapat kanser lain.

“Mengetahui status genetik BRCA anda mungkin dapat membantu doktor menyusun rawatan yang lebih sesuai di samping program pemeriksaan, ” katanya.

Wanita yang mempunyai mutasi genetik mempunyai 80% risiko mendapat kanser payu dara ketika hayatnya dan 40% risiko mendapat kanser ovari.

Ini bermakna wanita ini akan memindahkan mutasi itu kepada separuh anak-anaknya.

Sehubungan dengan itu, anggota keluarga kini boleh membuat keputusan untuk diri mereka diuji dan mengambil langkah terbaik untuk pencegahan, contoh membuat pemeriksaan payu dara yang lebih kerap atau ‘mammogram’ untuk wanita muda.

Golongan yang berkenaan kini akan lebih peka dengan tanda-tanda kanser dan mungkin mempunyai strategi pencegahan, sebagai contoh pembedahan untuk membuang ovari mereka.

Kini juga ada rawatan baru iaitu terapi ubat yang boleh digunakan oleh pesakit mutasi BRCA, meskipun kosnya agak tinggi.

Seorang daripada penyiasat, Dr Sim Wee Wee, Perunding Obstetrik dan Pakar Sakit Puan di Hospital Besar Sarawak berasa gembira kerana kajian itu turut menyertakan Sabah dan Sarawak yang juga bermakna sampel penduduk yang digunakan lebih meluas.

Kanser ovari, keempat paling kerap

Kanser ovari adalah kanser keempat paling kerap berlaku dalam kalangan wanita Malaysia dengan anggaran 700 kes baru dilaporkan setiap tahun di Malaysia.

Perunding Obstetrik dan Pakar Sakit Puan, Professor Woo Yin Ling dari Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata tanda-tanda mempunyai kanser itu termasuk sakit di bahagian perut, rasa loya, cirit – birit, sembelit, hilang selera makan, sering membuang air kecil, susut berat badan tanpa sebab, dan pendarahan di faraj yang luar biasa.

Sebaik sahaja disahkan penyakit ini, rawatan yang lazim dijalankan termasuk pembedahan, kemoterapi dan / atau terapi radiasi.

Bentuk rawatan lain yang sedang dikaji ialah terapi yang mensasarkan sel kanser yang luar biasa dan terapi menggunakan sistem imun untuk memerangi kanser.

Pengesanan awal kanser ovari memberi pesakit peluang terbaik untuk pulih. Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak ada pemeriksaan yang boleh mengesan kanser ovari tidak seperti mamografi untuk mengesan kanser payu dara.

Oleh kerana itu, tidak menghairankan kadar untuk pesakit kanser ovari pulih adalah rendah kerana sekitar 56% dirawat pada peringkat 3 dan peringkat 4.

“Kanser ovari sering diabaikan berbanding kanser lain terutamanya kanser payu dara,” kata Woo, dan menambah, para penyelidik kini giat mencari jalan untuk memperbaiki cara pengesanan awal seperti ‘ultrasound’ atau ‘tumor bio-markers’ dalam darah.

Kanser ovari mempunyai faktor risiko seperti genetik, gaya hidup, usia dan tidak boleh mempunyai anak.

Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menderita kanser ovari, payu dara atau kolon berisiko besar mendapat kanser berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.