Selena Gomez jalani pemindahan buah pinggang

Selena Gomez jalani pemindahan buah pinggang

Selena hadapi serangan lupus pada 2015, menyebabkan dia mengasingkan diri daripada industri muzik untuk seketika.

selena-gomez-kidney-transfer
fmt-ohsem-inside-article1Penyanyi Selena Gomez baru ini dilapor menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang ekoran penyakit lupus dialaminya sejak sekian lama.

Perkara itu disahkan pembantu Selena selepas satu muatnaik di Instagram penyanyi itu yang menjelaskan sebab dia menjauhkan diri dari umum.

Penyanyi berusia 25 tahun itu bersyukur dan menyampaikan rasa penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan sahabatnya, yang juga pelakon televisyen, Francia Raisa atas kesediaannya menyumbangkan buah pinggang kepadanya.

Selena juga berkongsi fotonya sambil memegang tangan Raisa ketika berbaring bersebelahan katil, menjalani rawatan berkenaan.

“Ada peminat yang bertanya mengapa saya tidak mempromosikan muzik baru saya. Sebenarnya saya baru selepas pembedahan pemindahan buah pinggang kerana radang yang saya hadapi,” katanya.

Selena juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada keluarga dan pasukan doktor atas bantuan mereka sepanjang proses pembedahan.

“Akhir sekali, saya hilang kata-kata untuk menjelaskan ucapan terima kasih kepada sahabat jelita saya, Francia Raisa,” tulis Selena.

Francia Raisa adalah model dan pelakon berusia 29 tahun dari Los Angeles, dan merupakan anak perempuan personaliti radio, Renan Coello dan terkenal menerusi siri drama keluarga, The Secret Life of the American Teenager.

The Guardian melapor selebriti itu enggan memberitau tarikh pembedahan pemindahan itu dilakukan selain keadaan semasa kesihatannya selepas rawatan tersebut.

Selena menghadapi serangan lupus pada 2015, menyebabkan dia mengasingkan diri daripada industri muzik untuk seketika ekoran beberapa siri kemurungan, tekanan, serangan panik dan sebagainya akibat penyakit itu.

Lupus adalah sejenis penyakit auto imun di mana tubuh secara tidak sengaja menyerang tisu badan sendiri termasuk buah pinggang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.