Kerajaan Australia galak rakyat makan daging kanggaru

Kerajaan Australia galak rakyat makan daging kanggaru

Jumlah kanggaru mencapai angka lebih 44 juta tahun lalu melebihi populasi manusia di negara itu.

eat-kangaroo
fmt-ohsem-inside-article1Peningkatan populasi haiwan kebangsaan Australia itu kini menjadi ancaman kepada negara itu.

Ekoran itu, kerajaan Australia menggalakkan warga negaranya memakan lebih banyak daging kanggaru yang kini dijangka mencapai populasi 50 juta ekor.

Menurut Independent.co.uk, jumlah kanggaru mencapai angka lebih 44 juta tahun lalu, melebihi populasi manusia di negara itu.

Professor Madya David Paton dari Universiti Adelaide memberitahu orang ramai harus memelihara haiwan itu dengan baik termasuk mayatnya.

“Kalau kita mahu hapuskan haiwan itu, ia sepatutnya dilakukan dengan nilai kemanusiaan. Dalam masa sama, kita juga kena fikirkan kegunaannya selepas ia dimatikan,” katanya kepada abc.net.au.

Mayat haiwan itu juga tidak sepatutnya dibiar reput dengan sendiri, tambahnya lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.