
Fesyen semakin di luar jangkaan. Bukan hanya pakaian atau aksesori tetapi juga solekan wajah.Dandanan dan solekan boleh diletakkan dalam pelbagai kategori dan tempoh masa, dari kurun ke-18 lagi dan kini, pada kurun ke-21, zaman era digital.
Terbaru, wujud satu lagi trend solekan yang masih berinovasi membabitkan bulu mata dan bibir.
Mungkin berbunyi pelik, tetapi fesyen sememangnya dibikin untuk kelihatan pelik dan kemudian unik, seterusnya menjadi ikutan.
Trend terbaru yang dimaksudkan ialah kening McDonalds, iaitu bulu mata berbentuk simbol makanan segera berbentuk “M”.
https://www.instagram.com/p/BYtYC7Zgwa9/
Viral di Amerika Syarikat dan laman sosial, bagaimanapun hanya bermula sebagai satu gurauan oleh blogger kecantikan, Huda Kattan diikuti selebriti Youtube, Elena Beauty yang membawanya ke satu tahap baharu.
Kini netizen, wanita khususnya, menggilai trend kening mata tersebut dengan membentuk kening, merakam gambar dan menyiarkannya di laman sosial.FMT Ohsem berkongsi gambar wanita dengan bulu kening McDonalds. Apa pendapat anda? Kongsikan perasaan anda terhadap fesyen pelik ini.
Tunggu, ada lagi fesyen membabitkan bulu kening dan bibir yang sedang viral.
Dalam solekan ini, bulu kening dan bibir dibentuk menjadi beralun atau bergetar. Kami juga sediakan gambar fesyen terbaru ini untuk anda.Fesyen bulu kening mata dan bibir ini tidaklah keterlaluan seperti kening McDonalds tetapi ia ternyata sangat menarik, apatah lagi pada wajah wanita Asia.