

Sebenarnya tidak, kanak-kanak berusia 3 tahun bernama Dexter Cahill ini menghidapi penyakit gangguan genetik yang jarang ditemui iaitu masalah organ deria yang juga penyakit saraf tahap 4.
Menurut ibu bapa Dexter, Lindsay dan Tom, anaknya tidak menangis walaupun ketika berdepan kemalangan yang menyebabkan kecederaan patah tulang.
Ini menyukarkan pasangan itu untuk mengesan jika anaknya sakit, patah mana-mana bahagian tulang atau cedera.
Pernah sekali ketika di tadika, Dexter jatuh sehingga salah satu tulang bersendi dengan lutut dan pergelangan kaki kiri patah ketika sedang melompat-lompat.

Ketika bertemu ibu bapa selepas dihubungi pihak sekolah, Dexter dikatakan hanya tersenyum yang berkata, “Hi Mommy,” tanpa sebarang tangisan atau menunjukkan rasa sakit.
Kanak-kanak yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-4nya itu kemudian dirawat tanpa suntikan morfin di hospital.
“Ketika itu, Dexter hanya minta lolipop dan dia terus ceria seperti biasa,” kata ibu bapa Dexter.
Saintis berkata, penyakit yang diwarisi Dexter adalah penyakit jarang berlaku dengan nisbah 1:125 juta.
Lindsay, 34, dan Tom, 35 seorang jurutera menyedari masalah anaknya ketika Dexter berusia 4 bulan.
Mereka mendapati anak mereka menunjukkan emosi yang berbeza ketika lidahnya sering berdarah kerana kerap kali digesel pada giginya yang mulai tumbuh.
Para doktor pula mengambil masa 18 bulan untuk memeriksa dan mendiagnos penyakit Dexter.
“Orang ramai anggap Dexter seorang super hero, tetapi sebenarnya di seorang budak yang lemah. Saya takut jika suatu hari nanti dia menghidap penyakit apendiks dan kami tidak tahu kerana dia tidak akan berasa sakit,” kata Lindsay.
Ibu kepada anak ini hanya berharap anaknya akan sedar dia tidak boleh berdepan dengan kecederaan secara kerap dan masalah yang dihadapi dalam proses membesar.