

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tindakan itu diambil ekoran dakwaan di media sosial dan laporan berita mengenai sebuah gerai pisang goreng berdekatan dengan Hospital Columbia Bandar Puteri di Puchong, Selangor mencampur kapur siling bagi merangupkan makanan tersebut.
Namun, hasil siasatan menunjukkan gerai pisang goreng itu menggunakan tepung rangup yang dibekalkan oleh kilang berkenaan yang menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup itu.
“KKM mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik semua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran,” petiknya.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan ke atas gerai pisang goreng kerana beroperasi tanpa lesen.
“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawanghttp://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq,” tambahnya.