Perang Youtube, Despacito bakal dahului carta

Perang Youtube, Despacito bakal dahului carta

Lagu Gangnam Style mengumpul 2,896,057,993 tontonan namun lagu 'See you again' oleh Wiz Khalifa sudahpun memotong jumlah itu dengan jumlah 2,901,997,383 tontonan.

Despacito2
fmt-ohsem-inside-article1Nampaknya artis Korea Selatan, PSY sudah hilang takhta sebagai Raja Youtube selepas lagu Despacito semakin naik dijangka melepasi jumlah tontonan lagu “Gangnam Style” dan “See you Again”.

Menurut laporan agensi, “Gangnam Style” mengumpul 2,896,057,993 tontonan namun lagu “See you again” oleh Wiz Khalifa sudahpun memotong jumlah itu dengan jumlah 2,901,997,383 tontonan.

Ia merupakan lagu penutup filem “Furious 7” dan lagu penghormatan kepada pelakon Paul Walker yang maut dalam kemalangan.

Menurut perkiraan Youtube, “See you again” mencapai 1 bilion tontonan hanya dalam tempoh 6 bulan dimuat naik dan mencapai 2 bilion tontonan September tahun lepas.

Namun, lagu Luis Fonsi “Despacito” pula dipercayai mampu melintas lagu “Gangnam Style” dan “See you again” apabila berjaya mengumpul 2.5 bilion tontonan hanya dalam masa 6 bulan dimuat naik.

Tentulah Universal Music yang memegang hakcipta untuk semua lagu-lagu berkenaan berpuas hati dengan skor kedua-dua lagu itu.

Di bawah 10 video yang paling banyak ditonton di Youtube:

1. Wiz Khalifa, “See You Again” feat. Charlie Puth (2015)

2,904,148,095 tontonan

2. PSY, “Gangnam Style” (2012)

2,896,607,902 tontonan

3. Justin Bieber, “Sorry” (2015)

2,638,479,074 tontonan

4. Mark Ronson, “Uptown Funk!” feat. Bruno Mars (2014)

2,551,976,272 tontonan

5. Luis Fonsi feat. Daddy Yankee, “Despacito” (2017)

2,508,829,877 tontonan

6. Taylor Swift, “Shake It Off” (2014)

2,250,979,158 tontonan

7. Enrique Iglesias, “Bailando (Español)” feat. Descemer Bueno and Gente de Zona (2014)

2,235,432,306 tontonan

8. Maroon 5, “Sugar” (2015)

2,153,582,319 tontonan

9. Katy Perry, “Roar” (2013)

2,132,540,611 tontonan

10. Taylor Swift, “Blank Space” (2014)

2,102,737,362 tontonan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.