

Nor Shafila Khairusalleh, 25, yang juga kakitangan Shell menjadi terkenal selepas membuat “pose” dalam poster papan bod yang ditempatkan betul-betul di tepi pam petrol dengan kata-kata, “Pandai awak pilih” Sekarang semua bahan api Shellada Dynaflex tau!”.
Poster kad bod itu menunjukkan seolah-olah gadis sebenar berdiri menunjukkan tanda bagus atas pilihan petrol Shell.
Namun, ia menjadi bahan lawak dan salah laku pengguna yang melakukan pelbagai aksi mencuit hati hingga ada yang “melawak” secara tidak senonoh.
Menurut laporan mStar Online, Nor Shafila cuba tidak mengendahkan aksi pengguna yang tidak senonoh itu seperti mencium atau memeluk poster imejnya tetapi bukan bagi aksi yang melampaui batas seperti memegang bahagian tubuh badan seperti bahagian dada.

“Kelakuan seperti menutup mata, mencubit hidung dan walau peluk sekalipun saya masih boleh terima kerana ia hanyalah sekeping poster…. tetapi jika apa yang dilakukan berbentuk gangguan seksual, saya rasa ia melampaui batas,” petik kata yang merupakan penyelia stesen petrol berkenaan.
“Ia mungkin sejenis lawak, tetapi saya rasa malu kerana ia masih diri saya walaupun sekadar gambar,” tambahnya.
Minggu lalu, beberapa foto poster Shafila di stesen petrol itu menjadi viral di media sosial selepas pengguna berkongsi rakaman “nakal” seperti berjabat tangan, mencium pipi dan menyentuh tubuh.
Shafila juga akui suaminya juga terkesan dengan viral gambar sedemikian seolah-olah mencabul maruah isterinya namun mereka kekal memahami situasi yang berlaku.
Bagaimanapun, Shafila tidak merancang untuk menyaman mana-mana individu yang bertindak tidak senonoh terhadap poster imejnya kecuali keadaan itu tetap berlaku selepas dia memberi kenyataan ini.
“Saya akan memikirkan untuk mengambil langkah jika ia masih berterusan,” katanya.
Ramai netizen yang berkongsi gambar tersebut mengaku ia sekadar perbuatan “nakal” tetapi tindakan menyentuh tubuh, memeluk dan meraba dada wanita dalam poster itu dikecam sebagai tindakan manusia tidak bertamadun dan jahil.