

“Muah muah muah muah muah….”
Tengah garu kepala memikirkan apa benda ini?
Netizen yang baru pulang dari cuti Raya pasti tidak mengikuti gosip di media sosial atau membaca portal gaya hidup dan hiburan pasti rasa ketinggalan kerana ayat di atas sebenarnya lirik lagu baharu yang dinyanyikan oleh personaliti terkenal.
Kalau dengar dan tonton videonya sekali pasti akan lebih terasa…
Ya, ia adalah lagu yang dinyanyikan oleh usahawan kosmetik terkenal negara, Datuk Seri Vida menerusi “single” pertamanya berjudul “I Am Me”!
Umpama hadiah Hari Rayalah katakan, netizen diberi kelebihan untuk mendengar dan menonton “sneak peek” lagu tersebut dalam Facebook Tonton terlebih dahulu.
Menariknya, Vida juga berbesar hati menawarkan sebotol besar Pamoga bernilai RM168 kepada mana-mana individu yang boleh tiru tarian beliau dalam muzik video tersebut.
“Post video anda (durasi kurang dari 30 saat) ke Instagram dan hashtag #tontonmacamVIP #sayangDSV #iamme #tontonDSV,” petik status dalam Facebook Tonton.
Berminat tak? Maka bolehlah mencuba, tapi sebelum itu jangan lupa menonton “sneak preview” lagu itu yang dibawakan khas oleh Vida!
https://www.facebook.com/tontonMY/videos/1540766369286981/
Kredit: Tonton