Pemandu mengantuk akan dicubit punggung

Pemandu mengantuk akan dicubit punggung

Alat yang belum dinamakan lagi itu berfungsi apabila pemandu mengantuk, ia dapat mengesannya dan terus bergetar seakan-akan mencubit punggung pemandu.

pinch
fmt-ohsem-inside-article1Dua pelajar kejuruteraan mekanikal, Asri Anjani and Prayogo Bintang dari Universiti Brawijaya di Malang, Timur Jawa menghasilkan sejenis alat yang mampu mengelak pemandu terlibat dalam kemalangan akibat mengantuk.

Okay, mari kita lihat apa peralatan tersebut dan cara penggunaanya.

Alat yang belum dinamakan ini menggunakan sensor kadar degupan jantung dan dipasang pada pergelangan tangan pemandu.

Sensor tersebut mempunyai satu lagi panel yang diletakkan di tempat duduk pemandu iaitu di bawah punggung mereka. Jadi, apabila pemandu mengantuk, alat itu dapat mengesannya dan terus bergetar seakan-akan mencubit punggung pemandu.

“Kadar degupan jantung manusia ialah 80 bpm (degupan seminit) dan berkurangan ketika tidur. Peralatan ini boleh mengesan paten degupan jantung itu,” kata Asri ketika mengenakan alat tersebut kepada seorang pelajar di kampus universiti mereka pada Rabu, lapor Jakarta Post.

Pelajar itu mengakui, alat tersebut dicipta ekoran peningkatan kemalangan secara mendadak melibatkan pemandu kenderaan bermotor, apatah lagi pada waktu perayaan seperti sekarang.

“Kami tidak menggunakan kejutan elektrik untuk memberi amaran kerana ia boleh mengejutkan pemandu,” katanya lagi.
Bagaimanapun, prototaip itu masih dalam pertimbangan, khususnya dari segi bentuk ideal untuk dipasang di pergelangan tangan dan bahagian bawah tempat duduk supaya penggunaannya lebih praktikal.

Bintang juga mengesahkan pihaknya akan memfailkan paten itu dan menyertai pertandingan daya cipta pada Minggu Sains Kebangsaan Pelajar (Pimnas) akan datang.

Menarik kan? Saya pasti ramai yang perlukan peralatan seumpama itu di tempat duduk sama ada di pejabat atau di kerusi pemandu semasa dalam perjalanan pulang ke kampung Raya ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.