Cincin RM55 dilelong pada harga RM3.7 juta

Cincin RM55 dilelong pada harga RM3.7 juta

Cincin berlian itu pada awalnya disangka hanya cincin hiasan biasa dan dipakai setiap hari.

Tenner
fmt-ohsem-inside-article1Siapa sangka, sebentuk cincin yang dibeli dalam jualan murah dengan harga £10 (RM55) terjual pada harga £656,750 (RM3.7 juta) dalam lelongan.

Memang durian runtuh!

Cincin berlian yang dimiliki seorang wanita pada awalnya disangka hanya cincin hiasan biasa dan dipakai setiap hari termasuk ketika membuat kerja rumah.

Wanita itu hanya menyedari nilai sebenarnya selepas ia dihantar ke Institut Gemologi Amerika Syarikat untuk pemeriksaan.

“Berlian tulen 26.27 karat itu dipercayai dihasilkan pada abad ke-19. Berlian itu dinamakan sebagai Tenner,” lapor portal Mirror.

Awalnya, ia diramal terjual pada harga maksimum £350,000 (RM1.93 juta) dalam lelongan di Sotheby di bandar London.

Bagaimanapun, cincin tersebut menerima nilai lelongan di luar jangkaan, hampir sekali ganda daripada ramalan awal.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.