
Ingat lagi pada kanak-kanak malang, Omran Daqneesh yang mana gambarnya menjadi viral selepas diselamatkan daripada ranapan rumah akibat serangan bom di Aleppo, Syria?Wajahnya yang tenang, sayu diselaputi debu runtuhan bangunan konkrit, duduk di atas kerusi berwarna oren dalam kenderaan penyelamat tanpa sebarang reaksi atau tangisan walaupun seluruh badannya berdarah, masih jelas dalam ingatan.
Kini, Omran sudah kembali sihat dan ceria dan dilihat menjalankan kehidupan biasa bersama ibu bapanya di sebuah bandar yang dilindungi kerajaan Syria.
Ogos lepas, video Omran tular di laman sosial sehingga menjadi imej simbol insiden serangan dan tragedi di Syria.
Tetapi gambar foto yang terbaharu lebih melegakan apabila Omar kelihatan lebih ceria dan sedia bercakap ketika ditemuramah wartawan.
https://www.youtube.com/watch?v=8Cln68FSA2Q