Tipu helah budak lelaki halau 4 anjing jalanan

Tipu helah budak lelaki halau 4 anjing jalanan

Kanak-kanak lelaki itu membuat aksi seolah-olah membaling batu untuk menghalau anjing jalanan walaupun bertangan kosong .

kids-dog
fmt-ohsem-inside-article1Apa yang anda lakukan jika terserempak dengan anjing jalanan? Bukan 1 tetapi 4 ekor?

Yang pasti, kita akan berlari lintang-pukang, meminta pertolongan, betul?

Namun bagi seorang kanak-kanak lelaki, dia bertindak ‘berani’ berdepan anjing jalanan tersebut sambil membuat aksi seolah-olah membaling batu untuk menghalaunya walaupun bertangan kosong .

Kejadian yang berlaku pada 27 Mei lalu di Kukatpally, Hyderabad di India dirakam dalam kamera litar yang dipasang di kawasan kejiranan tersebut.

Video itu menunjukkan kanak-kanak lelaki itu berjalan dengan seorang kanak-kanak perempuan sehinggalah mereka tiba di depan sebuah kuil dan berhenti.

Kanak-kanak perempuan itu kelihatan berhenti dan mungkin ‘memanggil’ anjing yang terbaring di depan kuil.

Sebaik anjing tersebut sedar dan bangun bersama beberapa anjing lain, kanak-kanak perempuan itu berlari lintang-pukang meninggalkan budak lelaki itu keseorangan.

Pada waktu itulah, kelihatan sisi “hero” kanak-kanak lelaki itu yang berdepan secara berani tanpa sedikit pun menunjukkan rasa takut.

Video itu mula tular dalam laman Youtube dengan lebih 188,000 tontonan.

Netizen yang menonton video itu bagaimanapun kecewa melihat kanak-kanak itu yang dibiarkan berkeliaran pada waktu tengah malam yang mungkin membahayakan mereka dalam pelbagai aspek termasuk digigit anjing.

Namun ramai yang memuji kanak-kanak lelaki itu yang berani berdepan dengan binatang itu.

Tidak kurang kepada yang menyampaikan rasa kelakar terhadap tindakan kanak-kanak perempuan itu yang lari meninggalkan kawan lelakinya itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.