Nama terlalu panjang pun susah juga

Nama terlalu panjang pun susah juga

Sharifah Nur’Insyirah Saifuddin Shah terpaksa mengisi 2 borang kerana biasanya tak cukup ruang untuk mengisi nama penuh.

Sharifah
fmt-ohsem-inside-article1Sebelum pilih nama anak anda, fikirlah 1000 kali. Jangan kerana nama, hidup anak anda jadi rumit.

Ini kerana seorang gadis terpaksa memiliki 2 kad pengenalan hanya kerana namanya terlalu panjang dan tidak dapat dilengkapkan dalam satu kad.

Sharifah Nur’Insyirah Saifuddin Shah, 25, terpaksa mengisi 2 borang kerana biasanya tak cukup ruang untuk mengisi nama penuhnya itu.

Kasihan…kasihan…

Pelajar perubatan ini mempunyai satu MyKad dan sebuah lagi kad “pengesahan nama” kerana MyKadnya hanya memuatkan 2 nama pertama manakala kad pengesahan mempunyai nama penuh.

Menariknya, dia juga pernah ditahan di imigresen sewaktu ke luar negara untuk sambung belajar kerana memegang 2 kad pengenalan di samping namanya yang panjang.

“Memang betul saya ada 2 pengenalan diri. Tapi semua kad pengenalan ketika itu mempunyai ruang nama yang terhad dan nama saya pula agak panjang. Jadi kad pengenalan saya hanya ada nama tanpa nama bapa,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Wanita muda ini yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Rusia juga akui berdepan masalah nama bukan sahaja di Malaysia malahan di Rusia juga.

Bukan itu sahaja, penggunaan tanda koma di antara perkataan Nur dan Insyirah, turut menjadi tarikan.

Menurut Unit Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), penggunaan kad pengenalan dan kad pengesahan nama merupakan prosedur biasa yang digunapakai jika nama seseorang panjang, melebihi jumlah yang ditetapkan.

Apapun, sebaik tamat pengajian nanti, Nur’Insyirah berkata, akan menukar kad pengenalan baharu yang mempunyai ruang nama yang lebih panjang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.