

Jadi macam mana nak capai “dream body”? Jangan risau, pakar nutrisi sukan dari Melbourne, Steph Lowe ada rahsia bagaimana meningkatkan metabolisme:
1. Bersenam sebelum sarapan
Alang-alang dah “berpuasa” sepanjang malam ketika tidur, bangun pagi, bersenamlah sikit. Ia membantu mencapai pembakaran lemak optimum. Sekadar berjalan 30 minit pun sudah cukup baik, jadi apa lagi, jangan tunggu-tunggu!
2. Sarapan bila lapar
Memanglah sarapan itu penting tetapi jangan paksa jika tidak lapar. Kajian menunjukkan 13 jam berpuasa memberi impak positif kepada kadar metabolisme. Jadi tak perlu paksa atau tetapkan masa untuk bersarapan.
3. Ambil sayur sebagai sarapan
Makanan pada waktu pagi memberi kesan besar kepada kawalan gula dalam darah dan kemampuan pembakaran lemak. Makanan berprotein dan lemak sihat akan mengekalkan tahap kekenyangan sepanjang hari.
4. Jarak 5 jam antara waktu makan
Macam susah je… tetapi ia cara paling efektif jika anda mahu menghadam makanan sepenuhnya sebelum membuat pusingan kedua. Makanan yang mencukupi memberi kawalan kepada kandungan gula dalam darah selama 5 jam, ia menawarkan pembakaran lemak yang optimum dan meningkatkan metabolisme.
5. Makan malam kuantiti kecil
Makan malam sepatutnya diambil dalam kuantiti yang kecil. Memilih hidangan makan malam dalam kuantiti kecil dan menikmatinya lebih awal membenarkan tubuh mendapat lebih masa membakar lemak dan mengejar kembali tahap metabolisme. Ingat, makan malam juga harus melibatkan makanan berkhasiat dan berprotein tinggi.