
Jarang sekali orang sambut hari yang menyedihkan, terutama perpisahan seumur hidup antara 2 insan yang berkongsi hidup sebagai suami isteri.Namun, memuatnaik swafoto perceraian sejurus selepas menandatangani borang penceraian dengan hashtag, #divorceselfie dikesan menjadi trend akhir-akhir ini.
Tambahan pula, kapsyen yang dikongsi kebanyakan pasangan bercerai ini berbunyi “menghargai pasangan mereka dan masa terluang bersama mereka sebagai yang terbaik”.
Tak tahulah benar atau tidak kerana kalau dah terbaik, kenapa nak bercerai kan?


Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada dalam fikiran masing-masing dan perancangan hidup mereka selepas bercerai. Berkahwin lagikah?
FMT Ohsem berkongsi beberapa gambar terkini momen cerai #divorceselfie yang sedang tular di laman sosial.
Buat masa ini #divorceselfie hanya dikesan di negara Barat termasuk beberapa organisasi yang menyokong ia sebagai satu sambutan kebebasan yang sememangnya harus dilakukan dalam mood positif.
Ini hanya berita dan tidak bertujuan mempengaruhi sesiapa untuk bercerai. Jangan pula ada yang salahkan artikel ini sebagai punca mereka bercerai!