

Kini jenama dari Los Angeles, Pleasures dan Chinatown Market memperkenalkan topi besbol Ikea.
Kelakar bukan? Nak, tak nak, Ikea nampaknya menerima publisiti percuma menerusi “sindiran” dunia kerana rekaan fesyen ini.
Kedua-dua jenama dipercayai menggunakan bahan yang sama dengan beg Ikea, selain turut menyelitkan sekali logo tulisan berwarna kuningnya di sekeliling lilitan topi itu.
Ia dijual pada harga RM130, tentu jauh lebih mahal daripada harga beg Ikea yang hanya berharga RM2 sahaja.
Mari kita lihat respon pengguna media sosial terhadap topi itu.

