
Remaja sekarang bukan sekadar berfikir tetapi bertindak di luar jangkaan semata-mata untuk bertemu idola pujaan mereka.Di Singapura, 2 remaja berusia 19 dan 16 tahun sanggup membeli tiket penerbangan dan menggunakan pas pelepasan untuk memasuki kawasan transit Lapangan Terbang Changi semata-mata untuk untuk bertemu idola mereka, artis hip hop Korea.
Mereka bagaimanapun tidak berniat untuk meninggalkan Singapura selepas itu.
Ekoran kejadian itu, polis Singapura mengingatkan semua orang, kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sebagai tempat larangan.
“Hanya mereka yang dalam perjalanan dibenarkan menggunakan kawasan transit.
“Mereka yang memasuki kawasan tersebut (transit) dengan menyalah guna pas pelepasan tanpa niat untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawasan Perlindungan dan Akta Tempat Larangan.
“Pesalah boleh didakwa di mahkamah dan jika disabit bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman denda sebanyak S$1,000 atau dipenjarakan selama 2 tahun atau kedua-duanya,” tulis status Singapore Force Police.
Tahun ini setakat 30 April 2017, seramai 36 orang ditahan atas kesalahan salah guna pas pelepasan.
Pengguna media sosial mengecam tindakan remaja itu sebagai sia-sia, merugikan serta menyusahkan penumpang lain.