Topshop jual seluar plastik lutsinar berharga RM434

Topshop jual seluar plastik lutsinar berharga RM434

Pengguna Twitter mengkritik seluar 'Clear Plastic Straight Leg Jeans' pelik yang mahal harganya.

topshop-1
fmt-ohsem-inside-article1Fesyen zaman moden ini nampaknya semakin pelik dan tidak masuk akal.

FMT Ohsem sebelum ini melaporkan seluar jeans dengan zip di bahagian belakang dan bercorak lumpur yang harganya hampir mencecah RM2,000.

Terbaharu, peruncit fesyen British, Topshop tampil dengan rekaan “baharu” yang pasti menghairankan anda.

Seluar “Clear Plastic Straight Leg Jeans” mendapat kritikan pengguna media sosial yang tertanya-tanya konsep cuba dibawakan perekanya.

Seiring namanya, seluar yang dijual pada harga AS$100 atau RM434 itu sebenarnya diperbuat daripada plastik lutsinar.

topshop-2

Pemakai seluar lutsinar itu rasanya perlu mengambil sedikit masa untuk menyarung dan menanggalkan material plastik itu.

Disebabkan ciri lutsinarnya juga, pemakai mungkin mahu menutup bahagian penting dengan sehelai lagi seluar pendek atau menjadikan ia seluar aksesori.

Material plastik kalis airnya menjadikan ia sesuai dipakai sebagai seluar hujan, tetapi pemakainya mungkin kepanasan dan berpeluh jika tidak memilih saiz lebih besar, selain materialnya yang tidak boleh diregang akan menjejaskan pergerakan mereka.

Sehubungan itu, tidak hairanlah ada di kalangan pengguna Twitter yang mengkritik rekaan fesyen pelik itu, selain harganya yang mahal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.