

Ini kerana sebuah video seorang pembantu rumah warga asing berkelakuan aneh seperti dirasuk hantu sedang tular di laman sosial.
Wanita itu memakai gaun panjang, melepaskan rambut panjangnya menutup bahagian depan muka dan berkelakuan seperti orang kena rasuk.
Berdiri di depan CCTV, wanita itu menuding jari ke tepi dan kemudian mendongak kepala seolah-olah melihat kamera.
Selepas itu, dia menoleh ke belakang, berjalan dan di akhir klip, dia jatuh pengsan.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah unit di Flat HDB di Singpura.
Bagaimanapun orang ramai mengecamnya sebagai helah pembantu rumah untuk meninggalkan kerjanya.
“Dia sengaja pakai baju putih, melepaskan rambut dan berbuat demikian,” kata Xin Lin.
“Dia tahu di mana kamera dipasang, dia berlakon. Hantar dia pulang,” kata pengguna Facebook bernama Sonya Sparrow.
Manakala pengguna bernama Annur Fairul Chikachan Nizam mempunyai penjelasan yang berbeza.
“Lebih baik periksa. Fikir mengenai keselamatan keluarga. Tak kisahlah dia berlakon atau tidak. Kerana kalau ia palsu, dia mungkin sakit dan penat bekerja dengan keluarga anda. Tapi kalau benar, ia sesuatu yang harus diambil kira.
“Ada pembantu rumah asing yang bawa masuk ‘benda’ tu bersama untuk perlindungan. Bila tak dijaga ‘benda’ itu akan menyerang termasuk keluarga anda. Jadi lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian. Mungkin ia kelihatan seperti lawak jenaka bagi sesetengah orang tapi ingat, perkara ini boleh berlaku di rumah anda. Fikirlah,” katanya.
https://www.facebook.com/allsgstuff/videos/2412082548932460/?comment_id=2412095022264546