Sunway Pyramid tunggu Beauty and the Beast

Sunway Pyramid tunggu Beauty and the Beast

Ruang legar Oren di pusat beli-b​​​​elah dihias seperti pintu masuk istana dan taman untuk meraikan kedatangan filem Beauty and the Beast.

gambar-1

Keghairahan tayangan filem Beauty and the Beast yang dijadual pada hari ini terhalang ekoran beberapa sebab.

Apa boleh buat, peminat terpaksa menunggu kata putus daripada pihak yang terlibat menguruskan halangan ini.

Namun begitu, peminat Beauty and the Beast jangan risau, anda masih boleh “merasai” kehadiran filem itu di ruang legar Oren pusat beli-belah Sunway Pyramid yang diilhamkan daripada tema Beauty and The Beast.

gambar-2

Pameran dekorasi bermula 10 hingga 26 Mac 2017 di Sunway Pyramid dan Sunway Carnival membawa pengunjung ke dunia watak Belle bersama lelaki separa binatang, Beast dalam persekitaran istana Beauty and the Beast.

Di tengah-tengah ruang legar itu ditempatkan tangga marmar, bersisikan gerigi keemasan pastinya menjadi tumpuan.

Terdapat juga pemegang lilin yang menerangi jambangan bunga ros merah, langsir berwarna biru emas yang mewujudkan suasana misteri, sama seperti istana yang didiami manusia separa binatang itu menjadi ikonik bagi dekorasi ini.

Di tempat yang sama, pelbagai elemen indah dan romantis turut diselitkan termasuk persekitaran taman dan pasar Inggeris yang memuatkan gerai buah-buahan segar, gerai bakeri dan gerai bahan koleksi.

gambar

Di samping elemen dekorasi, Sunway Pyramid menganjur pelbagai acara dan aktiviti untuk pengunjung kanak-kanak dan dewasa.

Antaranya pertandingan mewarna, tatu “airbrush”, bengkel seni kuku serta bengkel membuat bunga ros pada hujung minggu.

Pengunjung juga boleh menuntut buku nota edisi Beauty and the Beast dengan menunjukkan 2 resit pembelian bernilai RM500.

Koleksi pakaian Beauty Disney yang diilhamkan daripada filem Beauty and the Beast juga diperagakan oleh pereka fesyen terkenal, Beatrice Looi.

Setiap helaian yang diperagakan menampil sisi unik dan klasik Disney serta pasti membawa kita menyelami setiap babak filem tersebut.

“Saya teruja untuk bekerjasama dengan Disney dan Sunway Malls untuk rekaan koleksi ini.

gambar-3

“Beauty and the Beast adalah salah satu animasi Disney kegemaran saya.

“Belle ternyata satu watak yang berbeza, dia bukan gadis biasa yang berada dalam kesusahan tetapi gadis yang kuat dan progresif.

“Koleksi ini juga menggabungkan elemen keberanian dan feminisme,” kata Beatrice Looi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sunway Malls & Theme Parks, H C Chan akui filem Disney sebagai produk yang mewarnai zaman silam seseorang.

“Kami sentiasa berusaha untuk mewujudkan pengalaman baru, indah dan unik demi memenuhi cita rasa semua lapisan pengunjung kami.

“Ini merupakan kerjasama terbaik bagi menghubung golongan muda dan tua melalui sebuah kisah klasik yang diperbaharui,” katanya.

Beauty and the Beast adalah adaptasi animasi klasik kartun kisah cinta lama yang dibintangi Emma Watson sebagai Belle.

Ia mengisahkan seorang wanita muda dan cantik ditawan oleh lelaki separa binatang di istananya.

Ketakutan dan kebimbangan tidak menghalang Belle untuk meneroka sisi manusia dalam binatang yang sebenarnya seorang putera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.