Aeril berduet Hindustan dengan Wawa di Lombok

Aeril berduet Hindustan dengan Wawa di Lombok

Kejutan pertama; Wawa percaya mereka ke Pulau Langkawi, bagaimanapun dia dikejutkan dengan lawatan ke Lombok di lapangan terbang.

wawa
fmt-ohsem-inside-article1Alahai, sweetnya…..

Satu video “kejutan” hari jadi sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayangnya, Wawa Zainal dirakam oleh Aeril Zafrel sewaktu percutian mereka di Lombok, Indonesia baru sahaja dikongsi dalam portal Rotikaya ditonton lebih sejuta kali.

Pasangan yang pernah dilapor berkahwin secara rahsia 4 tahun dahulu, itu mengharungi beberapa kontroversi rumah tangga sebelum ini termasuk tawaran peminat Aeril yang sedia menjadi isteri kedua.

Ketepikan semua itu, pasangan ini membuktikan cinta mereka apabila Aeril membuat beberapa elemen “suprise” kepada isterinya Wawa dengan kerjasama pasukan video CST.

Dalam video ini, Wawa percaya mereka ke Pulau Langkawi, bagaimanapun dia dikejutkan dengan lawatan ke Lombok di lapangan terbang.

Reaksi manis kedua-dua mereka dirakam secara rahsia oleh pasukan CST yang dirancang oleh Aeril sehinggalah mereka sampai ke sebuah villa di Lombok.

Dalam rakaman pada minit ke 2:30, Aeril menghadiahi Wawa dengan sehelai tudung dengan cetakan mesej khas di atasnya selain mendedahkan kehadiran pasukan CST.

“Duhai bidadariku Wawa. Ulang tahun itu adalah peringatan berkurangnya jata umur. Semakin dekat dengan saat pulang. Harus perbanyakkan taubat dan doa. Semoga diri mu terus menjadi isteri yang solehah buat ku. From Aeril,” tulis mesej itu.

Aeril yang terkenal menerusi watak Affendi dalam siri TV Kisah Kaisara itu kemudian memuatkan bersama klip lagu Hindustan, Ka Ho Na Pyaar Hai yang dikoreograf bersama Wawa.

Comelnya apabila kebanyakan langkah tari dan gerak Aeril dan Wawa dalam klip itu juga menyerupai video lagi lakonan Hrithik Roshan dan Ameesha Patel.

https://www.facebook.com/rotikaya/videos/10155323498965827/?pnref=story

Kredit Rotikaya

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.