Polis cantik curi tumpuan letupan bom Bandung

Polis cantik curi tumpuan letupan bom Bandung

Gambar polis wanita berjalan sambil menjunjung kamera ketika orang ramai berkerumun di lokasi kejadian menjadi tular.

Ismi-Aisyah1

Cantik menawan dan seksi menyebabkan seorang jurugambar polis menjadi buruan media sosial apabila gambarnya sedang bertugas semasa kejadian bom di Bandung, Indonesia kelmarin menjadi tular.

Di sebalik berita serangan militan yang menggugat keamanan kota, netizens juga banyak bercakap mengenai jurugambar polis yang tampak seksi tetapi segak dalam seragam pihak berkuasa.

Ismi AisyahGambar polis wanita itu berjalan menjunjung kamera ketika orang ramai berkerumun di lokasi kejadian menjadi tular.

Wanita cantik itu dipercayai bernama Ismi Aisyah hasil pencarian di laman sosial Instagram. Dia juga banyak memuatnaik gambar ketika bertugas termasuk di lokasi kes ledakan bom angkara pengganas.

Kalau itu di Indonesia, di Malaysia pula gambar seorang polis wanita berpakaian preman, memakai jaket kalis peluru dan bersenjata rifel semi auto dilihat di perkarangan bilik mayat Hospital KL juga tular dalam kalangan netizen tempatan.

cantikpolis1

Gambar dirakam ketika liputan pembunuhan lelaki Korea, Kim Jong Nam.

Bekas wartawan dan blogger, Syahril A Kadir dalam posting di Facebooknya berkongsi gambar yang sebelum itu disiar dalam akhbar tempatan, mendapat pelbagai reaksi positif netizen.

“Perempuan kalau dah pakai uniform dan pegang senjata memang aku salute. Cun je,” kata Kamalizan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.