

Antara filem lakonannya yang masih segar dalam ingatan ialah Aliens, Twister, Titanic, Terminator, True Lies, Apollo 13 dan Predator 2.
Sebagai memberi penghormatan kepada pelakon berusia 61 tahun itu, lebih 200 peminatnya yang terdiri daripada pengejar taufan di Oklahoma, Amerika Syarikat menggunakan koordinat sistem kedudukan sejagat (GPS) untuk mengeja “BP” (singkatan bagi Bill Paxton) di Wakita – bandar yang menjadi lokasi sebahagian besar penggambaran filem Twister.
Ada di kalangan mereka yang mendaftarkan koordinat GPS di peta secara manual, ada pula pengejar taufan yang memandu ke lokasi terbabit di “Lembah Taufan”.

Usaha itu dirancang Spotter Network, sebuah kumpulan tidak berkeuntungan yang menggunakan maklumat terkini Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan untuk mengesan pengejar taufan, menunjukkan lokasi taufan mungkin terbentuk dan membantu mereka kekal selamat daripada bencana itu.