Sayuran ini mahal dan banyak ragam, begini cara menyimpannya

Sayuran ini mahal dan banyak ragam, begini cara menyimpannya

Terlalu basah pun tak boleh, kering pun tak boleh, terdedah pun tak boleh. Bagaimana nak simpan sayur mahal ni?

parsley
fmt-ohsem-inside-article1Sayuran seperti pasli (parsley), tyme dan pudina biasanya hanya terdapat di pasar raya premium, mungkin disebabkan ia lebih popular digunakan dalam menu barat.

Apa yang membezakan sayuran ini bukan sahaja harganya yang lebih mahal berbanding pelbagai sayuran popular tempatan, tetapi juga sifatnya yang sensitif menyebabkan ia tidak boleh disimpan lama.

Tetapi ada beberapa cara memastikan ia tahan lama. Di sini, FMT Ohsem senaraikan panduan penjagaan dan simpanan herba Inggeris ini:

Didih dan kedap
Sayuran yang mempunyai daun halus perlu dicelur sebelum disimpan dalam bekas kedap. Ini membantu mengekalkan rasa apabila menggunakannya kemudian. Sayur-sayuran ini termasuk selasih, daun bawang, daun ketumbar, dill, pudina dan pasli.

Masukkan herba ke dalam air mendidih selama beberapa saat sebelum mengeluarkannya dengan penyepit. Pindahkan ke dalam semangkuk air sejuk. Lap kering menggunakan napkin kertas dan simpan dalam plastik kedap udara.

Masuk dalam ruang beku
Herba yang dicelur juga boleh dibekukan supaya kekal segar lebih lama lagi. Sesetengah herba seperti ketumbar dan pasli akan layu dan berair selepas dinyahbeku. Namun, rasanya masih kekal cuma tidak boleh digunakan untuk hiasan.

Beg plastik kedap udara
Gunakan beg vakum atau kedap udara berasingan setiap satu bagi setiap jenis sayur ini. Jika anda gunakan basil dan pasli petang ini, simpan sekali dalam satu plastik kedap dan gunakan terus. Menyimpan secara asing juga membantu mengekalkan kesegarannya.

Balut guna napkin kering dan simpan dalam beg zip-lock atau beg vakum. Ia cara paling mudah dan efektif untuk herba seperti rosemary, thyme, sage dan chives.

Simpan seperti bunga
Simpan dalam gelas diisi air adalah cara terbaik bagi herba sepeti ketumbar dan pasli. Tetapi ingat, tutup bahagian atas berdaun dengan beg plastik, sebaiknya beg zip-lock atau jika menggunakan bekas, tutup ketat bekas tersebut.

Apa yang memusnahkan kesegaran sayuran yang sensitif ini?

Cahaya melampau
Ia boleh memusnahkan klorofil menyebabkan herba berubah warna menjadi kuning. Ini khususnya bagi herba dengan daun halus dan lembut seperti pasli, chervil atau ketumbar.

Oksigen lebih
Pendedahan berlebihan kepada oksigen boleh menukar sifat herba halus khususnya selasih atau pudina. Ia akan rosak. Herba yang dibungkus atau dibuka dan ditutup beberapa kali juga terdedah kepada udara dalam peti sejuk.

Terlebih lembap
Kelembapan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan, menyebabkan daun dan batang berlendir atau berkulat.

Terlebih kering
Ini pun satu lagi hal. Ini kerana herba tersebut mudah kering dan dan menghilangkan bau herba tersebut.

Suhu salah
Suhu simpanan yang salah menyebabkan herba rosak dan kehilangan rasa pada kadar lebih cepat. Hampir semua herba sebaiknya disimpan dalam peti sejuk kecuali selasih dan pudina yang mudah rosak dan bertukar warna dengan cepat dalam suhu sejuk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.