Mudah tampil cantik, langsing ala selebriti

Mudah tampil cantik, langsing ala selebriti

Rejim kecantikan dan diet artis antarabangsa tidaklah sesukar mana, sebenarnya kita semua boleh amalkan jika berusaha.

langsing
fmt-ohsem-inside-article1Sanggup lakukan apa sahaja untuk tampil langsing, seksi dan cantik?

Biasanya para artis dan selebriti sanggup berhempas pulas asalkan kecantikan rupa paras dan badan terjaga. Maklumlah, itukan “pelaburan” mereka untuk terus bertahan dalam dunia hiburan ini.

Mungkin tiada siapa boleh lupa penampilan Zulin Aziz dalam Gegar Vaganza 3 tahun lalu.

Menurut Zulin, dia hanya mengamalkan cara pemakanan sihat, “no rice, no sugar, dan detox. Gym and Muay Thai.”

Hmm… “no rice”? Okay, tetapi “no sugar” tu susah sikitlah! Tetapi tabik Zulin yang mampu kurangkan 10kg dalam masa sebulan setengah.

Tidak ketinggalan pelakon jelita, Diana Danielle yang terus langsing dan semakin cantik seperti anak dara walaupun selepas bersalin.

Bagaimanapun, Diana mengakui kadar metabolisme badan yang tinggi membolehkannya kekal langsing tanpa mengamalkan apa-apa petua.

Artis antarabangsa pula adalah umpama “guru” diet kepada kita semua. Lihat bentuk badan mereka yang langsing, berotot dan fit.

Semuanya kerana diet yang sangat ketat selain rutin “work-out” yang bagai nak rak.

Namun, ada juga rahsia kecil yang diamalkan mereka yang boleh dijadikan panduan.

Jom kita intai rahsia selebriti antarabangsa kekal langsing. Mana tahu, kalau mudah dan praktikal, kita boleh mencontohinya.

beyonce
Beyonce

Kita semua tahu Beyonce mempunyai bentuk badan atletik. Superstar ini dikatakan mengamalkan diet yang menyediakan dirinya menghadapi persembahan penuh bertenaga. Mantera diet Beyonce ialah “80-10-10” iaitu 80% karbo, 10% lemak dan 10% protein.

Mirande Kerr

Model Victoria Secrect ini dibayar untuk kekal langsing dan cantik. Tetapi amalan wanita ini mudah sahaja. Dia minum satu sudu minyak kelapa dara setiap pagi. Katanya, ia mampu membersihkan perut dan usus selain menjadi rejim kecantikan kulitnya.

Sophia Loren

Wanita ini mempunyai kegilaan makanan Itali, iaitu pasta. Sedia makan pasta setiap hari tetapi amaun yang diambil sangatlah sedikit, segengam bebola sahaja banyaknya. Hmm… cukup ke?

Kim-Kardashian
Kim Kardhasian

Selepas bersalin, Kim bertekad keras mengembalikan bentuk badan asalnya. Untuk itu, Kim mengamalkan pemakaian korset dan menyertai program latihan membentuk pinggang, “total waist” untuk kembali “hot”.

Brooklyn Decker

Wanita ini mengaku suka menari lebih daripada bersenam. “Saya buka lagu Taylor Swift sekuat-kuatnya dan menari. Kebanyakan masa saya buat ‘booty shake’,” katanya. Hmm… rahsia punggung seksi kot.

Elle Macpherson

Siapa sangka supermodel antarabangsa ini berusia 51 tahun tetapi kekal kelihatan muda seperti 20-an. Rahsianya ialah “diet alkalin”. Ya, diet ini diamalkan dengan pemakanan kaya dengan sumber alkalin seperti gandum dan sayur hijau. Dia juga mengelak kopi dan alkohol dan sentiasa membuat pemeriksaan air kencing untuk memastikan PH seimbang.

Halle Berry

Berbeza dengan kebanyakan orang yang menjauhi kopi, Halle pula mengamalkan diet minum kopi yang dipercayai mampu menegangkan kulit dan mengurangkan selulit. Eh, betulkah? Wow, ini berita baik!

heidi-Klum
Heidi Klum

Kurus nampak tulang tetapi tetap bertenaga dan anggun. Juri America’s Got Talent ini mengamalkan meminum cuka sider apple sebagai rutin. Ia berfungsi sebagai detoks, membantu mengurangkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.

aiswarya
Aishwarya Rai

Wanita Asia yang disenarai antara 100 wanita tercantik di dunia mengamalkan diet pemakanan ketat. Tetapi ada satu rahsia yang dikongsi dalam semua temuramah ialah minum 8 gelas air atau lebih dalam sehari. Macam senang saja…

michelleyeoh
Michelle Yeoh

Mana boleh tinggalkan nama artis antarabangsa yang berasal dari Perak, Malaysia ini? Beliau dikatakan mencuci muka menggunakan air dan jus lemon untuk tampil bersih. Lemon dikatakan mempunyai khasiat yang baik kepada kulit seperti menutup pori-pori dan pencerah semula jadi.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.