Tonton opera Cina dalam air di Aquaria KLCC

Tonton opera Cina dalam air di Aquaria KLCC

Ini kali pertama Aquaria KLCC menggabungkan seni tarian singa dan opera Cina untuk persembahan dalam air.

aquaria
fmt-ohsem-inside-article1Aquaria KLCC buat pertama kalinya menganjurkan persembahan menggabungkan tarian singa dan opera Cina di dalam air yang mendapat sambutan luar biasa pengunjung.

Acara ini dibawa khas sempena Tahun Baharu Cina dan menarik lebih 15,000 pengunjung sejak dimulakan pada 25 Januari dan akan terus dibuka kepada orang ramai sehingga 15 Februari.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Aquaria KLCC Datuk Simon Foong berkata ini adalah tahun ke-6 pihaknya mengadakan persembahan dalam air, namun selama ini hanya membabitkan tarian singa.

“Ini kali pertama kita buat opera Cina dan persembahan yang biasanya dibuat selama 45 minit, dimampatkan dalam 10 minit.

“Generasi sekarang kurang terdedah kepada seni opera Cina, jadi persembahan ini mungkin dapat mendidik mereka tentang budaya kaum Cina,” katanya.

Pengunjung yang membeli tiket secara talian ditawarkan pakej keluarga khas iaitu RM138 bagi 2 dewasa dan 2 anak.

Manakala mereka yang membeli tiket di kaunter Aquaria pula diberi diskaun 18% dengan syarat mereka menunjukkan tanda “like” pada Facebook Aquaria KLCC.

Selain tarian singa dan opera Cina, Aquaria KLCC turut memuatkan pelbagai elemen pendidikan lain seperti berkaitan konservasi, kesedaran sirip ikan yu dan bengkel ikan peliharaan kegemaran, ikan koi dan bengkel melatih ikan emas.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.