
Hampir tidak boleh dikenali!
Raut wajah simbol seks, Pamela mengalami perubahan drastik apabila beliau dipercayai melalui prosedur pembedahan muka yang serius.
Pada satu majlis gala di Paris baru-baru ini, Pamela tampil sangat “simple” dan jauh berbeza daripada sebelum ini hingga hadirin lain terkejut dengan penampilan baharunya itu, menurut laporan Mirror.

Sebelum ini, pelakon Hollywood, Renee Zellweger juga hampir tidak dikenali kerana wajahnya yang lain daripada asal.
Susulan pendedahan foto terbaharu Pamela yang mengejutkan itu, peminatnya akui dia kelihatan lebih “natural” dan muda pada usianya menjangkaui 50-an, manakala sesetengah berpendapat Pamela sudah hilang keseksiannya.