Semakin ‘montel’? Nak kurus balik? Tapi jangan lakukan ini!

Semakin ‘montel’? Nak kurus balik? Tapi jangan lakukan ini!

Berat badan boleh naik mendadak disebabkan beberapa faktor termasuk peningkatan usia. Lagi tua, lagi susahlah...

diet_food_600
fmt-ohsem-inside-article1Aduh, risau betul bila akhir-akhir ini berat badan asyik menjulang naik.

Mungkinkah faktor usia? Metabolisme turun? Stamina rendah? Atau memang makan banyak?

Menurut beberapa kajian, berat badan boleh naik atas beberapa faktor unik dan pelik selain sebab utama seperti diet. Ok, sila sediakan pensil/pen dan tanda yang berkenaan:

  • Of course, makanan berkarbohidrat, berlemak, berkalori dan manis. Jus buah pun boleh meningkatkan berat badan kerana kandungan sukrosanya, jadi awas!
  • yang ni seram, kurang tidur pun boleh naik wo!
  • kurang minum air… ya, betul!
  • tekanan, yes stress boleh menyebabkan hormon tak seimbang dan mengundang kepada kenaikan berat…hmmm mungkinkah saya stress?
  • penuaan… peningkatan usia mengurangkan kadar metabolisme, so it’s not easy to lose weight like we used to. Oh tidak!
  • pil, ubat tertentu terutamanya pil hormon.
  • televisyen! macam mana tu? Ya lah, duduk atas kerusi empuk tonton tv sampai otak dan perut tak sedar berapa banyak kita makan.
  • lepak lewat malam, ni bagi orang muda yang suka lepak sampai 2 atau 3 pagi, entah apa yang dimakan, minum
  • makanan berlabel “diet”. Ingat minuman soda yang ada label diet tu sihat sangat ke?
  • masalah haid, para wanita sila periksa dengan doktor kerana kitaran haid yang tidak sekata boleh buat berat naik tak turun-turun

Amaran:
Sekiranya tak 1 pun berkenaan, tetapi berat tetap naik mendadak, mungkin masanya untuk berjumpa doktor! Buat pemeriksaan kesihatan.

Okay, pada kebanyakan masa sebab di atas bersangkut paut dengan punca kenaikan berat badan. So, macam mana ye sekarang?

Buatlah apa yang patut. Senaman, yoga, zumba, diet, makanan seimbang, sapu krim halia, minum teh hijau…

Hmm, macam-macam pilihan kita ada untuk kembali hidup sihat. Tapi jangan ambil cara mudah yang boleh memudaratkan apatah lagi membahayakan diri sendiri.

Ya, FMT Ohsem beri amaran supaya tidak amal 5 cara merbahaya ini untuk mengurangkan berat badan. Elakkan sama sekali ya.

  1. Tahan lapar – Janganlah seksa diri sampai tak makan. Nanti masuk hospital lah alamatnya. Macam-macam boleh berlaku kepada diri, tak bermaya, tiada tenaga, jangan-jangan nak jalan pun tak larat.
  2. Muntahkan makanan – Ini cara orang muda, khususnya di barat tapi selepas kesannya didapati membahayakan, ada gerakan yang pernah tampil dengan kempen menghalang tabiat ini. Ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan termasuk anoreksia nervosa (sila Google).
  3. Merokok – Ehem, ramai wanita di luar sana yang percaya merokok boleh menghalang rasa lapar dan menurunkan berat badan. Ya, nikotin boleh menghalang rasa lapar tetapi adakah ia sihat? Nilai sendiri, anda bukan budak-budak.
  4. Pil tahan lapar, pil kurus – Hmm.. apa sahaja yang masuk dalam badan boleh bawa kemudaratan kepada kesihatan. Jadi berpada-padalah. Jangan sekadar untuk kurus sanggup gadai nyawa. Kalau mati tak apa, tapi kalau tak, jangan terseksa bila organ dalaman gagal (biasanya hati) dan anda bed-ridden atau umpama alamai kecacatan dalaman yang tak boleh diubati selama-lamanya.
  5. Senaman melampau – Orang zaman sekarang, buat apapun melampau. Suruh buat senaman, tapi terus “tinggal” dalam pusat gym sampai orang kat rumah ingat anda dah hilang. Ingatlah semuanya ada batas, bila melampauinya anda juga yang terkesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.