
Boleh tahan sejuk tak?Bagaimana dengan kesejukan -50 darjah celcius? Mampukah anda bayangkan kesejukan itu?
Sebenarnya ini melangkaui imaginasi saya! Kalau 18 darjah celcius pun sudah cukup untuk membuat saya menggeletar dan menggigil, apatah lagi negatif….
Tetapi percayalah, wujud sebuah perkampungan bernama Oymyakon di Russia dengan populasi 500 orang penduduk dengan cuacanya mencapai -50 darjah celcius.
Ya, -50 darjah celcius dan ia adalah satu-satunya penempatan paling sejuk di dunia.

Menurut laman portal yang berkongsi informasi ini, Oymyakon suatu masa dahulu hanyalah tempat untuk pengembala rusa kutub berhenti berehat dan mendapatkan bekalan air di kolam air panas di kampung tersebut.
Namun ia menjadi perkampungan berpenduduk pada tahun 1930-an selepas kerajaan Kesatuan Soviet mahu menempatkan golongan nomad dan memilih Oymyakon.
Malah “Oymyakon” itu sendiri bermakna air panas dalam bahasa Siberia.
Perkampungan yang dikenali sebagai “Pole of Cold” ini juga dikatakan pernah merekod cuaca -71.2 darjah celcius dan secara rasmi menjadi tempat berpenduduk yang paling sejuk di dunia.

Apa cabarannya tinggal di Oymyakon?
– Tidak boleh menggunakan telefon bimbit
“Habis tu kenapa masih nak tinggal di tempat ni?”
– Dakwat pen juga boleh membeku
“Mungkin mereka tidak perlu menulis atau berurusan menggunakan pen dan kertas.”
– Enjin kenderaan terpaksa dibiarkan hidup sepanjang masa kerana takut tidak dapat diguna jika dimatikan
“Ini mesti kenderaan yang istimewa!”
– Tanah yang beralun, membeku dan merekah. Menggali kubur pun ambil masa selama 3 hari! Selang dua tiga musim mungkin jasad timbul kembali ke atas tanah.
“Ni kalau nak mati kena beritahu awal-awal!”
– Tiada tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh di sini, jadi penduduknya hanya bergantung kepada pemakanan daging, khususnya rusa kutub
“Alamak, tak jadi lah nak melawat Ohmygod, eh apa namanya sekali lagi? Oymyakon…