

Dalam banyak-banyak berita, FMT Ohsem dapat menapis beberapa perkataan yang menjadi pilihan atau paling kerap digunakan pada satu-satu masa serta menjadi ikutan sepanjang 2016.
Di bawah disenaraikan perkataan paling popular untuk 2016 mengikut kategori:
Politik
Dedak – Makanan ayam yang kini jadi istilah politik di Malaysia.
Donald Trump – Bukan lokal tetapi tetap menjadi bualan, lebih-lebih lagi selepas memenangi pilihan raya di Amerika Syarikat.
Badut – Satu lagi gelaran yang digunakan merujuk kepada ahli politik. Sssshhh!
Baju merah – Dengar sahaja perkataan ini terus teringat kepada Datuk Jamal.
Kuning – Rutin tahunan atas jalan.
Bersatu – Satu lagi parti politik baharu yang lahir tahun lalu. Ingat Bersatu, ingat 3M – Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.
Sosial
Ostrich – Siapa pun tak boleh lupa kejadian burung unta lari lintang-pukang di atas jalan raya Lebuhraya Persekutuan.
Note 7 – Kegilaan rutin terhadap mana-mana pengenalan telefon pintar baharu, tahun lalu, Note 7.
Pokemon Go – Lebih daripada kegilaan, permainan maya menggunakan aplikasi Pokemon Go menjadi ketagihan teknologi paling buruk.
Uber dan Grab – Pilihan pengangkutan bayaran murah dan mudah, mula popular.
Budak Raver – Like seriously???
Kabali – Panjang ceritanya, pendekkan, filem Rajinikanth mengenai masyarakat India di Malaysia.
Mannequin – Cabaran media sosial yang digilai, sehingga badan korporat besar pun tidak ketinggalan ambil bahagian.
Pendidikan
KBAT – Inisiatif Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT), K BYE!
Sukan
Olimpik Rio – Sukan berprestij antarabangsa berlangsung 4 tahun sekali, kali ini pada 2016 di Brazil.
EURO 2016 – Sukan bola sepak juga, 4 tahun sekali yang membuatkan ramai bersekang mata sehingga menjelang awal pagi
Paralimpik – Motivasi, jaguh sebenar, penghargaan sebenar, semuanya berlaku dalam Paralimpik 2016.
Kesihatan/Keselamatan
Zika – Nyamuk, lari!!! Paling terkesan, ibu hamil.
Ular – Semua ular keluar sekali gus dalam satu musim.
Banjir – Satu lagi musim rutin menjelang awal dan akhir tahun khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.
Ekonomi
BNM – Kita semua merindui bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar.
China – Jadi sebutan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menterai beberapa perjanjian susulan lawatan ke negara itu.
Ringgit lemah – … dan masih lemah…tenat, lebih tepat
TPPA – Apa kes sekarang?
Kontroversi
Rayani Air – Ada, tak ada? Tak ada
Halal – Sampai hantar kain ke dobi pun dah ada isu halal-bukan halal
Hotdog – Dog, anjing??? Tukar nama sekarang, jangan kelirukan kami!