
Namun, Taimur terus menjadi buah mulut netizen di laman sosial khususnya Twitter kerana namanya dikaitkan dengan tokoh sejarah yang kejam.
Menurut laporan di News18.com, nama “Taimur” terkenal dalam sejarah India yang turut dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah.
“Taimur the Lame juga dikenali sebagai Timur atau Tamerlane, seorang warga Mongolia yang menceroboh India secara kejam dan menakluki banyak lokasi di Persia dan Asia Tengah. Beliau menggelar dirinya ‘pedang Islam’ dan menggunakan simbol agama untuk menjustifikasi pencerobohannya,” petik laporan itu seperti yang sedang diperdebatkan di Twitter.

Bagaimanapun peminat pasangan Saifeena tampil mempertahankan nama itu dengan mengakui “Taimur” bermakna “seperti besi” dalam bahasa Turki selain mengaitkan nama itu dengan seorang Sultan yang berpengaruh dari Oman.

Dalam satu kenyataan, pasangan itu berkata, “Kami amat berbesar hari berkongsi berita baik kelahiran anak lelaki kami, Taimur Ali Khan Pataudi pada 20 Disember 2016.”
Seperti anak selebriti lain, nampaknya Taimur juga menempa nama sebagai bintang di laman sosial Twitter.