Krismas tetap meriah selepas masuk Islam

Krismas tetap meriah selepas masuk Islam

Daphne Iking menghormati agama ibu bapanya dan memilih untuk turut serta menyambut perayaan Krismas setiap tahun.

daphne-iking
fmt-ohsem-inside-article1Walaupun sudah 6 tahun memeluk agama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, Daphne Eleanor Iking masih meraikan perayaan Krismas bersama keluarganya yang beragama Katholik.

Lahir sebagai seorang Katholik, Daphne akui menghormati keluarga ibu bapanya dan memilih untuk turut serta menyambut perayaan itu setiap tahun.

Beliau ketika ditemui pada majlis pelancaran sambutan Krismas di pusat beli-belah 1 Utama berpendapat ia tidak menjadi kesalahan berbuat demikian.

“Krismas ialah perayaan yang membawa banyak makna kepada saya kerana saya lahir dalam keluarga Katholik. Selepas memeluk Islam, anak-anak dibesarkan dalam keluarga Islam.

“Saya tidak rasa ia satu kesalahan menyambut perayaan ini. Saya tahu ada yang meminta ia dielakkan tetapi bagi saya, kita semua perlu raikan perbezaan dan saling menerima sesama sendiri. Ini termasuk keluarga saya yang menyambut perayaan itu dan saya didedahkan sejak kecil,” katanya kepada FMT Ohsem.

Sama seperti Krismas, Daphne juga tidak ketinggalan mengajak keluarga ibu bapanya menyambut Hari Raya.

Daphne, seorang personaliti televisyen yang pernah mengacara program seperti Ringgit Sense, Explorace, The Brand, Majalah Tiga, Breakfast Show, Bella dan berlakon dalam beberapa filem seperti tele-filem Adik, Belukar, My Spy dan sebagainya.

Beliau menjadi buah mulut selepas terlibat dalam masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suami pertama dan kemudian berkahwin dengan pengurusnya, Azmi Abdul Rahman sekali gus memeluk Islam pada 2011.

Daphne turut berkongsi hiasan Krismas dengan menyusun tinggi buku untuk dijadikan “pokok Krismas”.

Daphne akui sedang merancang menerbitkan sebuah dokumentari jelajah 13 episod selain terus melibatkan diri dalam industri lakonan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.