Kejap berat, kejap ringan – Aamir Khan berubah demi watak filem

Kejap berat, kejap ringan – Aamir Khan berubah demi watak filem

Dari 68kg, berat badan bintang Bollywood yang naik kepada 97kg untuk watak bekas ahli gusti bagi filem terbarunya Dangal, kini hilang 25kg untuk watak zaman muda filem yang sama.

aamir-khan-Dangal
fmt-ohsem-inside-article1Tugas seorang pelakon bukan sekadar berpakaian segak, menyampaikan dialog dan beraksi di hadapan kamera, tetapi komitmen seorang pelakon jauh daripada jangkaan.

Baru-baru ini pelakon Bollywood Aamir Khan memaksa dirinya melalui transformasi besar apabila terpaksa menurunkan 25kg daripada 97kg, dalam tempoh masa kurang 5 bulan.

Perubahan ini bukan sahaja melibatkan berat badan tetapi pelakon berusia 50 tahun itu juga perlu mengembalikan badan berotot “six pack” bagi memenuhi keperluan filem yang sedang dibintanginya, Dangal.

Terdahulu, dia memaksa menaikkan berat badan untuk menepati watak ayah, bekas ahli sukan gusti veteran dalam filem yang sama.

Kini penggambaran untuk fasa kedua filem itu bermula melibatkan watak zaman muda seorang ahli gusti yang gagah, tegap dan berotot.

Pelakon itu juga melatih dirinya dengan sukan gusti dengan menjalani sesi latihan yang ketat.

Bintang utama filem “Pk” itu berkata, dia terpaksa berkerja bertungkus-lumus untuk mengembalikan bentuk badan seperti yang dikehendaki dalam filem itu, dalam tempoh singkat.

“Naik turun drastik itu dalam tempoh masa setahun,” kata Aamir dalam satu temubual kepada portal PressKS.com.

“Dangal” menceritakan kisah seorang bapa yang mula menyedari “kekuatan anak perempuannya” untuk diasah dalam bidang sukan gusti.

Filem ini dipercayai menangkis pemikiran skeptikal terhadap remaja perempuan dan membuka peluang kepada wanita untuk turut serta bidang sukan lasak yang didominasi lelaki di India.

Sebelum ini, beberapa filem India yang memperjuangkan penglibatan wanita dalam sukan lasak seperti “Mary Kom” dan “Iruthi Suthru” berjaya membawa pembaharuan dalam industri filem yang lebih bertemakan cinta.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.