
Satu lagi tahun baharu yang segar dan penuh dengan impian bakal tiba dalam masa sebulan. Tahun 2017 diharap membawa lebih banyak cahaya harapan dan kesejahteraan kepada semua.Menyambut tahun baharu ini biarlah dikelilingi dengan aura positif serta warna-warna yang menjadi pilihan hati. Ini kerana warna memainkan peranan penting dalam hidup sebagai pencetus dalaman serta mempengaruhi sikap luaran.
FMT Ohsem baru-baru ini berpeluang bertemu dengan seorang pakar warna yang banyak bercakap mengenai warna-warna trending 2017 dan bagaimana untuk rasa hebat hanya dengan memilih warna yang sesuai.
Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen yang ditemui dalam majlis pelancaran Majestic Design dan Trend Warna Global Jotun 2017 berkata warna adalah pelengkap hidup dan pengalaman yang terus kekal dalam memori.
“Seiring itu, Jotun membawa warna-warna glamour dengan kesan khas untuk ruang kediaman anda. Ia bakal refleksi kepada gaya anda,” katanya.
Jotun memperkenalkan 3 tema trend warna 2017. “Walaupun setiap tema berbeza dari segi teras, namun kami mengekalkan elemen alam sebagai sumber asas,” jelas Lisbeth.
Selain itu, Jotun turut memperkenalkan warna dengan efek khas iaitu mutiara, berlian dan keemasan sebagai penambah nilai. Ia didatangkan dalam edisi Jotun Majestic Design.
Berikut adalah 3 tema warna trending untuk 2017 Jotun:

Bersifat minimalistik, lembut dan relaks. Diilhamkan daripada elemen negara Nordik iaitu gunung-ganang, kayu dan tasik. Memberikan pemandangan tenang dan diperhalusi. Antara warna yang terlibat dalam tema ini ialah; Artic Grey, St.Pauls Blue, Minty Breeze dan Cashmere iaitu kelabu, biru muda dan kuning lembut.
Bagi warna kesan khas Lisbeth memadankan dengan Majestic Design Pearl Bruno iaitu biru mutiara.
“Warnakan siling anda putih kerana ia sesuai dengan apa jua warna dinding. Ataupun pilih warna gelap jika memilih latar yang berbeza atau khusus,” kata Lisbeth.

Sesuai untuk mereka yang berjiwa muda, segar dan sukakan pembaharuan. Warna dalam tema ini diilhamkan daripada bandar-bandar penuh hype seperti Miami, Tokyo dan Stockholm di mana teknologi bertemu rekaan dan kehidpannya penuh keceriaan. Antara warna dalam palet ini ialah Deco Pink, Dusty Red, Velvet Grey, Pale Green dan Evergreen iaitu merah jambu, merah dan hijau.
Padankan dengan edisi Majestic Design Diamond Lace (berlian) yang memberikan kesan ‘wow’ bak bintang di awangan.
“Ia sesuai untuk kediaman ruang kecil kerana memberi keceriaan,” kata Lisbeth.

Kembali kepada sejarah, era lewat kurun ke-18. Diilhamkan daripada pelbagai budaya berbeza seperti Marrakesh dan Istanbul yang kaya dengan elemen estetik. Warna rempah-ratus, perabot kayu bersarung kain baldu dan cenderamata lama yang menjadi sebahagian bukti sejarah. Antara warnanya ialah Soul, Milky Way, Dijon Yellow, Kilim, Olive Brown dan Masala iaitu warna putih krim, kuning keperangan dan merah pekat.
Bagi pilihan edisi kesan khas, pilihan yang disyorkan ialah Majestic Design Prestige, Gold (keemasan) untuk penataan yang lebih berani, menyerlah tetapi kekal elegen.