Sempat baca berita secara langsung sebelum melahirkan anak

Sempat baca berita secara langsung sebelum melahirkan anak

Victoria melahirkan anak 3 minggu lebih awal dari tarikh yang diberikan doktor.

bbc_babe

Seorang penyampai berita dari BBC, Victoria Fritz terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu air ketubannya pecah sebaik selepas menyampaikan berita secara langsung dalam rancangan BBC Breakfast.

Victoria yang tidak sempat menamatkan slotnya berita paginya, melahirkan anak 3 minggu lebih awal daripada tarikh yang diberikan doktor dengan ditemani rakan sekerjanya yang juga penyampai bersama, Sally Nugent, 45.

“Suami Victoria terperangkap dalam trafik lalu lintas dan Sally terpaksa menemaninya sehinggalah melahirkan bayi. Sally yang menyambut bayi itu,” petik laporan itu.

bbc1

Berita kelahiran bayi oleh Victoria dikongsi dalam Twitter milik Victoria, Sally, BBC Breakfast dan rakan sekerja lainnya sehingga ia di tweet semula beribu kali.

Bukan itu sahaja, detik Victoria menyampaikan berita mengenai kedudukan terkini syarikat easyJet dalam rancangan paginya sebelum dikejarkan ke hospital turut menjadi viral di laman sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.