
“Semoga beliau cepat pulih,” kata perdana menteri dalam muat naik di Twitter petang tadi.
Turut hadir di bilik yang menempatkan ketua umum Pakatan Harapan itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR.
Anak Anwar, Muhammad Ihsan, melahirkan penghargaan bagi pihak keluarganya atas kunjungan Najib itu.
Ihsan bagaimanapun berharap ia akan disusuli dengan pihak berkuasa membenarkan ayahnya berehat di kemudahan luar penjara.
“Saya berharap budi bicara yang ditunjukkan setakat ini turut dipanjangkan kepada permohonan untuk membenarkan ayah kami mendapat rawatan di kemudahan perubatan luar penjara untuk tempoh selama yang mungkin,” katanya.
Pembedahan “arthroskopik” ke atas bahu kanan Anwar dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 12 November.
Anwar baru-baru ini terlibat dalam kemalangan ringan membabitkan kenderaan penjara yang membawanya, yang memburukkan keadaan bahunya yang pernah mengalami kecederaan pada 2014 dalam kemalangan ringan.
Kemalangan terbaru berlaku pada 22 September lalu, ketika kenderaan pengiring melanggar bahagian belakang kenderaan penjara yang membawa beliau dari Hospital Kuala Lumpur ke penjara, selepas menjalani rawatan.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan kesalahan liwat. Beliau bertegas dirinya tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.