
Ketua Penerangan Rasid Abu Bakar berkata cabaran dihadapi rakyat hari ini memerlukan lebih daripada sekadar politik lama dan wajah yang sama.
“Johor memerlukan barisan pemimpin yang memahami aspirasi generasi baharu, berani membawa pembaharuan dan bersedia mempertahankan kepentingan rakyat.
“Pilihan raya ini bukan sekadar soal parti politik atau perebutan kuasa. Ia adalah soal masa depan Johor dan generasi yang akan mewarisinya,” menurut kenyataan.
Muda mengumumkan ia akan memainkan peranan aktif dalam PRN kali ini, dan akan mempertahankan kerusi Puteri Wangsa yang dimenangi pada pilihan raya lalu.
Pada PRN 2022, Muda menerusi Amira Aisya Abdul Aziz, kini pemangku presiden parti, menang dengan kelebihan 7,114 undi, hasil kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Calon Muda meraih 22,884 undi, berbanding Barisan Nasional (15,770) dan Perikatan Nasional (8,957), serta tiga calon lain.