Naib pengerusi PKR Sabah keluar parti

Naib pengerusi PKR Sabah keluar parti

Amin Abdul Mem meninggalkan PKR selepas 27 tahun bersama.

Amin Abdul Mem
Amin Abdul Mem menyeru rakan-rakan dalam PKR Sabah supaya menjaga silaturrahim, susulan tindakan keluar parti. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Naib pengerusi PKR Sabah mengisytiharkan keluar parti, selepas 27 tahun bersama.

Amin Abdul Mem menuruti langkah bekas timbalan ketua Wanita PKR Sabah, Artini Ali Taugan, dua hari lalu; dan bekas ketua PKR Tuaran, Razeef Rakimin, pada Isnin.

Dalam kenyataannya, Amin turut menyentuh mengenai pemergian bekas timbalan presiden Rafizi Ramli daripada parti, Parti Bersama Malaysia yang diambil alih.

“Terima kasih kepada rakan-rakan reformis yang sempat saya santuni, terutama mereka yang pernah terlibat dalam mengatur kedudukan saya dalam hierarki kepimpinan parti.

“Teman-teman seperjuangan majlis pimpinan negeri, mari kita hormati pendirian masing-masing dan menjaga silaturrahim sekukuhnya. Maaf saya mana yang kurang,” katanya.

Amin melepaskan jawatan ketua PKR Semporna dengan pengisytiharan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.